Merah Gaun Pengantin Episod Akhir

Sinopsis Merah Gaun Pengantin Episod Akhir (Episod ke 13) Drama TV1 Slot Bidadari | Majlis akad nikah Noraimi / Almy (Nad Zainal) dan Heykal (Fazreen Rafi) bakal berlangsung petang itu. Almy mempersiapkan dirinya dengan memakai baju gaun pengantin berwarna putih. Faizal (Syafiq Kyle) mengucapkan sepatah dua kata sebelum Almy bergelar isteri orang.

Sinopsis Merah Gaun Pengantin episod akhir (episod ke 13) drama TV1 Slot Bidadari, Merah Gaun Pengantin episod akhir, gambar, pelakon, drama Merah Gaun Pengantin tamat, last episode, ending Merah Gaun Pengantin, episod kemuncak, komen drama Merah Gaun Pengantin TV1
Drama Merah Gaun Pengantin telah pun tamat dengan Episod Akhir yang ke 15

Almy dan Faizal seakan ada rahsia besar yang cuba disembunyikan masing-masing. Faizal sebelum ini pernah menaruh hati terhadap Almy namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Manakala Intan (Faye Kusairi) sahabat rapat Almy, sudah lama memendam perasaan terhadap Faizal. Namun apakan daya, perhatian yang diberikan Faizal hanya berfokuskan pada Almy seorang.

Ketika rombongan pengantin tiba di masjid, Faizal sempat berborak seketika dengan Almy. Faizal mendoakan agar Almy menemui kebahagiaan bersama Heykal. Ketika Almy melintas jalan, sebuah kereta putih meluru laju ke arahnya.

Suzie (Mimi Ernida) bekas kekasih Heykal merasa berang dan marah bila mana Heykal memilih Almy sebagai isterinya, bukan dirinya. Ditambah lagi dengan keadaan dirinya yang baru sahaja keguguran anak hasil hubungan sulit dia dan Heykal.

Dia yang tidak dapat menerima kenyataan akan perkahwinan Heykal bertindak ingin menghancurkan bakal isteri Heykal. Suzie menekan minyak kereta sekuat hatinya lantas memandu laju ke arah Almy.

Mujur Faizal sempat menyelamatkan Almy. Namun, dirinya pula yang menjadi mangsa kemalangan. Keadaan Faizal ketika itu begitu parah. Almy menangis dan meraung melihat keadaan Faizal yang berlumuran darah.

Suzie yang gagal mengawal kereta melanggar tembok jalan hingga meragut nyawanya. Nenek Salimah (Norlia Ghani) begitu bersedih bila melihat Faizal dalam keadaan koma. Perkahwinan Almy dan Haikal ditangguhkan akibat insiden kemalangan itu.

Almy membaca kad pemberian Faizal. Tertulis..dia sanggup menunggu Almy sampai bila-bila, jika tidak bahagia, kembalilah kepadanya’. Tersentuh hati Almy membaca kad tersebut. Air matanya mengalir deras. Almy melawat Faizal di hospital dan mengungkap kata-kata kad pemberiannya itu. Almy merayu agar Fazial sedar dari koma.

Hati Intan terguris melihat kehadiran Almy di hospital. Sebelum ini, dia begitu terseksa melihat orang yang dikasihinya iaitu Faizal mencintai orang lain namun Almy tidak pernah mengendahkan perasaan Faizal. Baginya, Almy sudah cukup membuat Faizal sengsara. Almy meminta maaf kepada Intan dan berkata dia tidak mengetahui perasaan Faizal terhadapnya.

Faizal sedar dari koma. Dia bertanyakan perkahwinan Almy dan Heykal. Almy menyatakan dia telah menangguhkan perkahwinan tersebut, seperti mana Faizal sanggup menunggu dirinya sampai bila-bila.

Selepas berfikir panjang, Almy bertindak membatalkan perkahwinan mereka. Heykal kecewa dengan keputusan Almy. Walaupun tidak jadi berkahwin, Almy dan Heykal masih bersahabat baik. Begitu juga hubungan Faizal dan Intan. Mereka saling menyayangi sebagai seorang sahabat. Tamat.

Pelakon Drama Merah Gaun Pengantin TV1
Nad Zainal sebagai Noraimi / Almy
Fazreen Rafi sebagai Heykal
Syafiq Kyle sebagai Faizal
Alif Hadi sebagai Asraf
Mimi Ernida sebagai Suzie
Raja Ema sebagai Dato Maimon
Mubarak Majid sebagai Dato Alias
Taib Mahmud sebagai Dato Taha
Hamidah Wahab sebagai Datin Balqis
Rahim Omar sebagai Salim
Falisya Crossley sebagai Nadia
 Syed Ali sebagai Shahrul
Nor Albaniah Raffie sebagai Rokiah
Norlia Ghani sebagai Nenek Salimah
Faye Kusairi sebagai Intan

Gambar Drama Merah Gaun Pengantin Episod Akhir
Sinopsis Merah Gaun Pengantin episod akhir (episod ke 13) drama TV1 Slot Bidadari, Merah Gaun Pengantin episod akhir, gambar, pelakon, drama Merah Gaun Pengantin tamat, last episode, ending Merah Gaun Pengantin, episod kemuncak, komen drama Merah Gaun Pengantin TV1

Komen Selepas Menonton Drama Merah Gaun Pengantin
 Lagu tema drama Merah Gaun Pengantin ni best. Kisah cinta dan persahabatan 5 sahabat. Ingatkan si Faizal tu mati, kemain banyak darah tersembur keluar dari mulut. Rupanya hidup lagi. Buat suspens jer.
Tonton drama Merah Gaun Pengantin Slot Bidadari
Tarikh episod akhir Merah Gaun Pengantin disiarkan: 3 Disember 2015
Merah Gaun Pengantin episod akhir – episod 13
Hari:  Khamis
Jam: 3.05 petang
Saluran: TV1

1 comments so far


EmoticonEmoticon