Sinopsis Drama Uda Dan Dara (Astro)

Sinopsis Drama Uda Dan Dara (Astro) | Uda Dan Dara mengisahkan kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam (Siti Saleha) dan Izzat Hilman (Zul Ariffin) musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah.

Sinopsis drama Uda Dan Dara (Astro), pelakon dan gambar drama Uda Dan Dara, drama Uda Dan Dara terbitan Astro Mustika HD, Uda Dan Dara episod akhir – episod 65, biodata pelakon drama Uda Dan Dara
Drama Uda Dan Dara siaran Astro lakonan Zul Ariffin dan Siti Saleha

Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah (Anis Al-idrus) bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun Uda tidak peduli, Dara perlu akur pada cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” Saksikan segalanya dalam drama Uda Dan Dara di kaca tv anda.

Pelakon Drama Uda Dan Dara
Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman
Siti Saleha sebagai Siti Mariam
Adik Putri Damia sebagai Siti Mariam
Idris Khan sebagai Imran
Dilla Ahmad sebagai Datin Nora
Anis Al-idrus sebagai Khalida
Dynas Mokhtar sebagai Kak Yah
Zuhairah Zahir sebagai Norly
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul Huda
Arash Mohd sebagai Abah Majid
Sherry Merlis sebagai Zaharah
Nazia Mustafar sebagai Kak Aida
Atiqa Farhana sebagai Nija
Adik Dania Syafi sebagai Nija
Shahrul nizam sebagai Sahlan
Balkisyh Semundur Khan sebagai Rokiah
Firdaus Ghufran
 Amai Kamarudin
Shakilla Khoriri
Tash Yong

Gambar Drama Uda Dan Dara 
Sinopsis drama Uda Dan Dara (Astro), pelakon dan gambar drama Uda Dan Dara, drama Uda Dan Dara terbitan Astro Mustika HD, Uda Dan Dara episod akhir – episod 65, biodata pelakon drama Uda Dan Dara
Drama Uda Dan Dara merupakan drama yang didaptasi daripada novel karya Aisya Sofea.

Saksikan drama Uda Dan Dara
Jumlah episod drama Uda Dan Dara: 65
Uda Dan Dara episod akhir – episod 65
Saluran: Astro Mustika HD

Biodata pelakon drama Uda Dan Dara:
Biodata Zul Ariffin – watak Izzat Hilman
Biodata Siti Saleha – watak Mariam
Biodata Ezzaty Abdullah – watak Nurul Huda


EmoticonEmoticon