Ceria All Stars Serlah Bakat 20 Peserta

Kalau dulu program realiti ni digelar Ceria PopStar dan Ceria Superstar, sekarang dipanggil Ceria All Stars. Apa yang specialnya pasal Ceria All Stars musim ni? Haaa, kalau nak tahu peserta Ceria All Stars bukan hanya mempersembahkan nyanyian dan tarian sahaja.

Gambar Ceria All Stars Tahun 2015
20 peserta Ceria All Stars tahun 2015 - 2016, Konsert Ceria All Stars, gambar Ceria All Stars tahun 2015, pengacara, juri, hadiah pemenang Ceria All Stars
Konsert Ceria All Stars makin meriah!

Ceria All Stars 2015 mempamerkan apa sahaja bakat yang mereka ada seperti nyanyian, berlakon, aksi akrobatik, kelincahan menari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik. Hmmm lain daripada konsep yang sebelum ni. Meh sama-sama tengok kat tv.

20 Peserta Ceria All Stars Tahun 2015 / 2016 
20 peserta Ceria All Stars tahun 2015 - 2016, Konsert Ceria All Stars, gambar Ceria All Stars tahun 2015, pengacara, juri, hadiah pemenang Ceria All Stars
Fuh! Inilah 20 peserta Ceria All Stars. Ramai!

Pengacara Ceria All Stars
Jihan Muse dan Mia Sara

Penaung Ceria All Stars
Datuk Aznil Haji Nawawi

Juri Ceria All Stars
Nora Danish
Nabil Ahmad
Seorang juri jemputan

Hadiah Pemenang Ceria All Stars
Juara: wang tunai RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro
Pemenang tempat ke 2: wang tunai RM15,000 berserta trofi
Pemenang tempat ke 3: wang tunai RM10,000 berserta trofi
Pemenang tempat ke 4: wang tunai RM5,000 berserta trofi
Pemenang tempat ke 5: wang tunai RM3,000 berserta trofi

Siapa yang minat kanak-kanak menyanyi. Haa, ni la peluang tengok persembahan diorang kat kaca tv. Mesti menarik, dengan format terbaru macam ni. Macam-macam bakat terserlah keluar.

20 peserta Ceria All Stars tahun 2015 - 2016, Konsert Ceria All Stars, gambar Ceria All Stars tahun 2015, pengacara, juri, hadiah pemenang Ceria All Stars
Konsert Ceria All Stars berlangsung selama 7 minggu

Saksikan Konsert Ceria All Stars setiap minggu
Tarikh Ceria All Stars mula disiarkan: 27 November 2015
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ceria 611 dan Maya HD 135

2 comments

kira macam rancangan versatile la sikit..bukan rancangan menyanyi jer..bakat bakat lain pon ada..huhu

aah macam2 bakat ada dalam ceria all stars ni. hari tu sempat tengok konsert ceria all stars minggu 2. best jugak program ni.


EmoticonEmoticon