Cashout Nuffnang! Baki akaun Nuffnang tinggal RM0.00

Bulan September 2014 dah sampai ke penghujung. Syukur kerana diberikan pinjaman nafas sehingga ke hari ini. Syukran Ya Allah… 
cashout nuffnang, baki akaun nuffnang, earning nuffnang, iklan genie tak jejas status glitterati nuffnang, kempen cpuv cpc nuffnang
Dengan ini, aku umumkan baki akaun Nuffnang kini tinggal 0 sen sahaja. Huhuhu…zero! Sedih bercampur gembira. Selepas 2 bulan mengumpul earning, akhirnya misi tercapai nak cash out earning Nuffnang.

Thank you pada rakan-rakan yang sudi bertandang ke blog Yumida. Lantaran menyumbang pada earning kempen CPUV. Juga thanks bebanyak diucapkan pada pembaca yang teruja ingin tahu iklan apa yang siarkan, lantas mengklik kempen CPC. Terima kasih semua:)

Mula-mula rasa malas nak cashout. Nak tunggu earning beranak pinak banyak-banyak. Dah alang-alang nak bayar lump sum hutang PTPTN bulan November nanti. Terus cashout la. RMXXX.XX ku tunggu cheque mu datang bulan 11 nanti. Teruja, hepi, tak sabar nak tunggu cheque tiba.

Baki bayaran balik pinjaman PTPTN tinggal RM1,229.24. Bulan September, Oktober, November. Insha Allah loan PTPTN bakal settle. So, time tu baru aku boleh tarik nafas lega.

Kebanyakan pendapatan blog + hadiah cash yang aku dapat hasil sertai segmen/contest/giveaway aku kumpul semuanya. Sedikit sebanyak memang membantu aku cover bayaran balik PTPTN ni. Alhamdulillah, rezeki dariNya. Yang datang dari pelbagai bentuk.

Ni kali ke-5 aku cashout earning Nuffnang. Cashout before ni aku buat bulan Jun lepas. Sempat jugak aku buat entry. Cashout Nuffnang RM1,856.66. Rasa macam nak letak iklan Geniee. Tapi aku ada masalah nak buat akaun paypal. Ter-stuck keje menampal iklan Geniee. Aku ada tanya kat pihak Nuffnang, kalau letak iklan Geniee akan buat status glitterati hilang or tak. Diorang cakap tak. Masih lagi dalam proses nak usahakan buat akaun paypal yang menyerabutkan aku ni. Haha.. Doakan aku berjaya buat akaun paypal.

13 comments

Assalamualaikum yanggg, bestnya banyak tu earning. boleh share tak dekat sheila camne nak menjana sebegitu banyak? hehehe sheila skrg tak kerja dah. harapkan blog je sebagai medium jana pendapatan selain review2 produk ~~~

taniah, rezeki awak murah yangggg. rindu nak blogwalking sini, awak sihat???

Saya ada apply geniee tapi tak layak . sedih kan kak? hehe.. tahniah Kak Umi.. Mesti Kak Umi dapat banyak jugak kan duit dr blog sampai boleh buat bayar PTPTN semua .. hebat.. =D

Wow bestnya.. apapun tahniah Yumida kerana bakal berjaya membayar balik pinjaman PTPTN..

Wah,seronoknye! Kte pun akaun nn ni tak pnhnye banyak gitu! macam mana nk dapat income byk gitu?

Tahniah Yumida..seronokkan CPUV banyak masuk semoga semua terus murah rezeki dan cuba berbahagi pada org lain pula

Bila dah langsai PTPTN rasa lega kan..Syoknyaa...Kali ke-5 akak cash out? Hebat, Azwar sekali pun xpernah lagi ini..hahaha..Tahniah!

wow byk juga pendapatan dapat dari Nuffnang. Jeles..jeles..hehehe


EmoticonEmoticon