Tiada Penyingkiran Konsert The Band Minggu 5

Konsert The Band Minggu 5 telah disiarkan hari Sabtu lepas dengan menyaksikan persaingan hebat di antara kesemua peserta yang menyertai program The Band ini. Konsert The Band minggu kelima membawa tema #ERA.

Kumpulan yang berentap dalam Konsert The Band Minggu 5 ialah Xtrim, Alpha, Xcess, Rania, Anggun dan Tiara. Untuk persembahan Konsert The Band minggu kelima, masing-masing telah menunjukkan kehebatan dalam nyanyian lagu-lagu pilihan di radio Era.

Namun ada juga rekrut yang tidak berjaya menambat hati Ejen The Band iaitu Yusry dan Datuk Aznil Hj Nawawi. Rekrut yang dimaksudkan adalah Jen Shukri, DLS, AJ, Akmal Ayub, Shenty dan Tiara Ross. Setiap seorang dari mereka diminta membuat persembahan semula secara solo.

Tiara Ross merupakan peserta yang kali keduanya melalui proses penyingkiran. Manakala, bagi Jen Shukri, DLS, AJ, Akmal Ayub dan Shenty itulah pengalaman pertamanya dalam melalui proses penyingkiran. Di mana mereka semua ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam nyanyian dan tarian, sebelum diumumkan..siapakah yang akan tersingkir. Pada awalnya, nama Akmal Ayub dan Tiara Ross diumumkan sebagai yang  tersingkir untuk minggu 5 ini. Tetapi, X The Band minggu 5 mempunyai kejutan!

Tiada Penyingkiran Konsert The Band Minggu 5

Tiada Penyingkiran Konsert The Band Minggu 5. penyingkiran Akmal Ayub dan Tiara Ross dibatalkan. minggu 5 minggu imuniti the band.
Penyingkiran Akmal Ayub dan Tiara Ross dibatalkan

Kesemua peserta The Band mempunyai imuniti bagi minggu 5. Ini bermakna tiada penyingkiran Konsert The Band minggu 5! Kesemua peserta mara ke Konsert The Band minggu 6! Tahniah diucapkan!

Kejutan X The Band Minggu 5

-Tiada penyingkiran, kesemua peserta diberi imuniti
-Peserta The Band dikehendaki memilih seorang daripada peserta wanita dan lelaki yang pernah tersingkir sebelum ini untuk mara ke konsert seterusnya

Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 1 : Kim Azizd & Dayla
Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 2 : Luffy
Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 3 : Iffah & Aizat
Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 4 : Firqin & Qiqil
Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 5 : Tiada penyingkiran

X The Band diacarakan oleh hos ‘The Band’, Awal Ashaari.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.

3 comments

tahniah ! biasa dah tu, ada ketika msti tiada pnyingkiran.. hoho


EmoticonEmoticon