Kegunaan Soda Bikarbonat

Adakah anda tahu bagaimana rupa soda bikarbonat? Bagi yang gemar membuat kek, soda bikarbonat bukanlah sesuatu yang asing. Pasal..di dalam resepi kek itu sendiri, terkandung soda bikarbonat sebagai bahan membuat kek. Nak tahu fungsi soda bikarbonat? Ada banyak kegunaannya! Bukan sahaja diperlukan dalam membuat kek, malah…haaa ni excited nak bagitau kat u olls.

Kegunaan Soda Bikarbonat, gambar soda bikarbonat, Soda bikarbonat mengatasi masalah rambut berminyak, Soda bikarbonat penghilang kelemumur, Soda bikarbonat sebagai pemutih gigi, Soda bikarbonat sebagai deodorant, Soda bikarbonat untuk rawatan kaki
Inilah soda bikarbonat

Kegunaan Soda Bikarbonat


Soda bikarbonat mengatasi masalah rambut berminyak
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut berminyak, boleh mencuba petua ini. Ambil 1 sudu soda bikarbonat dan campurkan ke dalam botol syampu. Tabur sedikit serbuk soda bikarbonat pada rambut kering bagi mempertahankan kemilau rambut.

Soda bikarbonat penghilang kelemumur
Pasti benci meilihat kelemumur di atas kepala. Kelihatan seperti salji. Untuk mengatasi masalah kelemumur, campurkan soda bikarbonat ke dalam syampu semasa mandi. Cuci rambut dengan air bersih. Insha Allah ia berkesan untuk melenyapkan kelemumur di kepala.

Soda bikarbonat sebagai pemutih gigi
Untuk mendapatkan gigi yang putih, campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat bersama sedikit garam dan air, kemudian gaulkan sehingga menjadi seperti pes gigi. Pes ini boleh disimpan selama beberapa hari. Selain digunakan untuk memutihkan gigi, ia juga berkesan untuk menyingkirkan bau mulut.

Soda bikarbonat sebagai deodorant
Deodorant dan bau badan tak dapat dipisahkan. Bagi yang mengalami masalah berpeluh serta bau badan yang tidak menyenangkan, soda bikarbonat memberikan rasa kering sepanjang hari. ia juga mengandungi antiseptik. Sapukan soda bikarbonat dengan menggunakan kapas muka di ketiak. Terus menggunakan baju tanpa perlu mencuci serbuk soda bikarbonat tadi.

Soda bikarbonat untuk rawatan kaki
Untuk mendapatkan kaki yang cantik, rendam kaki ke dalam air suam yang dicampur dengan soda bikarbonat. Rawatan ini membantu mengurangkan tumit retak dan kegatalan pada kaki.
Sumber: Utusan

Haaa…begitulah manfaatnya soda bikarbonat. Bukan hanya digunakan dalam membuat kuih, malah mempunyai banyak kegunaan lain yang di luar jangkaan kita. Kos pun murah! Buat kengkawan nak hilang bau ketiak masam, nak dapatkan kaki yang cantik, nak hilangkan kelemumur, nak hilangkan rambut berminyak, nak dapatkan gigi yang puti. Dapatkan segera soda bikarbonat di pasaran. Selamat mencuba :)

25 comments

banyak sebenarnya kegunaanya kan..

terima kasih berkongsi...tak sangka banyak betul kegunaannya...selalu guna buat kuih & kek je...

GOOD MONING
SINGGAH PAGI RABU :)

wow banyaknya kegunaannya..ingatkan utk kegunaan dlm membuat kuih dan kek jer.. nak kongsi info nih ye Yumida.. sumbernya pun akan dinyatakan sekali nnti..

wah banyaknya kegunaan bendalah ni kan?

selamat x eh jadikan paste gigi?

Tak tahu pula soda bicarbonate ni boleh dipelbagai guna :))

Pelbagai kegunaanya! Bagus info ni. Tak le berlapuk tersimpan dalam almari!

pernah guna bikarbonat ni tlg mak buat kek dgn donut masa kecik dulu. Skrg dah jarang tengok dah...

insha Allah selamat. bikarbonat tu biasa dimasukkan dlm aduan kek.

aah byk manfaatnya
aah blh share
informasi berguna buat pembaca

Kak ina selalu guna buat kek dan cookies aje...tq for the info ye Yumida :)

Ok nak cuba yang spa kaki tu...
tq share petua

hebat.. husna taw kalau terlajak letak soda, ramuan akan jadi pahit..:p

perkongsian menarik...

wahh byk kgunaan lain..hihi.br tau..

philang kelemumur ?? fuyo !

Benda yg mesti ada dlm rmh. Selain utk baking, wife saya guna soda bikarbornat utk unclog sinki atau drainage yg tersumbat.

hehe .. yang tau nya, kalo nak buat kek ja lah.. :)

Banyak kegunaanya ..Kak Lya ingat nak buat kek ngan roti jer ..


EmoticonEmoticon