6 Khasiat Tomato

Pernah tengok kawan kita gosok tomato di wajah mereka? Anda pernah buat? Yumida sendiri pun tak pernah buat. Pernah tengok orang buat je. Rasanya kalau tomato tu digosok kat wajah, sure rasa sejuk. Kan isi tomato ala-ala gel. Jom ketahui 6 khasiat yang terkandung dalam buah tomato.

6 Khasiat Tomato. gambar buah tomato. kelebihan tomato. manfaat tomato. kebaikan tomato. Khasiat tomato dalam mencantikkan kulit,

Khasiat Buah Tomato

1. Khasiat tomato dalam mencantikkan kulit
Tomato sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit. Tomato mengandungi vitamin A dan C menjadikannya antioksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.

2. Khasiat tomato dalam mencerahkan kulit
Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Sebab itu, kebanyakan bahan kosmetik menggunakan tomato sebagai bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan mereka.

3. Khasiat tomato dalam mendapatkan kulit yang segar dan berseri
Buah tomato mentah boleh dijadikan pupur atau bahan mencuci muka. Jika sering digunakan setiap hari, ia akan menjadikan kulit kita bertambah cerah, berseri, bersinar dan tampak segar kemerahan.

4. Khasiat tomato dalam menghapuskan jerawat
Khasiat tomato juga menghilangkan jerawat. Caranya, gosok buah tomato mentah di wajah. Tomato mengandungi asid sitrat yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.

5. Khasiat tomato dalam kesihatan mata bagi yang rabun malam
Pengambilan tomato bagus untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam.

6. Khasiat tomato menghasilkan rambut yang lebat dan berkilau
Pengambilan tomato secara berterusan juga membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau.
Sumber: Hmetro

Itulah khasiat buah tomato. Tomato yang berperanan dalam kecantikan. Bagus dari segi mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, mendapatkan rambut yang sihat, malah membantu mengatasi masalah rabun malam. So, jom kengkawan mulai hari ni kita amalkan pemakanan tomato. 

17 comments

malangnya saya tak berapa minat tomato

wah banyak nya khasiat tomato... bukan jak sedap dlm masakan tapi khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan pun banyak..

selamat pagi jumaat
anum singgah pagi jap lagi bz day
keep in touch

hehe .. ! suka-suka tomato.. kadang kalo nak mbik syur bersup, mbik tomato bnyk2.. baik untuk kulit, ~ hehe =P

tak pernah cuba sapu pada muka.. tapi suka makan.. lagi2 kalau baby tomato.. buat macam snek. makan sambil tengok tv.. ;)

Tomato turun harga sekrang ni Yumida..boleh beli bebanyak

byk btul manfaatnyer.. apa2 pun tomato mmg sedap dimakan begitu sahaja

Yes memang setuju sangat! Sy amalkan memang berkesan

Esok pagi zumal nak pergi pasar tani beli tomato banyak2 la :)

suka sgt mkn tomato..yummy sedap..

Banyaknya khasiat tapi kamek sik suka tomato.

i like tomato. . hehehe tapi kulit tak cantik pun sbb kurang makan tomato kot. . hehe

Wah best.. saya suka tomato. Lebih2 lagi klu makan dgn nasi ayam.. best klu ada tomato bnyk.. :)

husna makan tomato je..tak pernah lg letak kat muka..
adik husna buat.. mana ntah dya tiru..>.<

Akak selalu masukkan tomato dlm masakan


EmoticonEmoticon