Kontroversi makan bangkai kambing Fear Factor Malaysia 2

Selepas rancangan Fear Factor Malaysia musim 2 bagi episod akhir disiarkan, ramai tampil menyatakan ketidakpuasan hati terhadap adegan memakan bangkai kambing. Di laman sosial, facebook, twitter, instagram dan blog, penuh dengan luahan pendapat rakyat Malaysia berkenaan adegan itu.

Malah aku sendiri juga geli melihat aksi memakan bangkai kambing dalam cabaran peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2 iaitu parit bangkai kambing. Dengan lendir dan bau busuk bangkai kambing, kembang tekak aku dibuatnya. Memakan bangkai kambing, bukanlah faktor ketakutan bagi finalis Fear Factor Malaysia 2 yang terdiri dari Erin Malek, Redha, Shuib, Zakaria, Nas T dan Khairul. Kesemua mereka telah melaksanakan misi parit bangkai kambing. Malah Redha, Shuib dan Khairul telah menghabiskan jus bangkai kambing dengan jayanya. Tahniah diucapkan buat kejayaan Erin Malek dan Redha yang telah terpilih sebagai juara bagi Fear Factor Malaysia 2014.

Cabaran makan bangkai kambing peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2

Kontroversi makan bangkai kambing Fear Factor Malaysia 2, jus bangkai kambing cabaran Fear Factor Malaysia 2014, haram makan bangkai kambing, Erin Malek dan Redha pemenang Fear Factor Malaysia 2014, Pemenang Fear Factor Malaysia Musim 2, Juara Fear Factor Malaysia 2  Erin Malek dan Redha Pemenang tempat ke-2 Fear Factor Malaysia 2 Nas T dan Khairul Pemenang tempat ke-3 Fear Factor Malaysia 2  Shuib dan Zakaria Pemenang tempat ke-4 Fear Factor Malaysia 2  Azura dan Rechel

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia termasuk aku. Bukankah bangkai itu haram dimakan? Tetapi mengapa menu bangkai kambing dimasukkan dalam cabaran peringkat akhir Fear Factor Malaysia musim 2? Adakah pihak pengurusan Fear Factor Malaysia tidak mengkaji bab halal dan haram peserta Islam yang mengikuti program ini? Haaa…jom kita baca jawapan dari pemenang Fear Factor Malaysia. Erin Malek sila jawab…

Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?
Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham. - Erin Malek

Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan bangkai?
Tahu, memang saya tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu. - Erin Malek
Sumber: Utusan

Haa…macam tu la jawapan Erin Malek. Ini bermakna ianya bukan bangkai kambing. Cuma dihias, di deco, agar kelihatan seperti bangkai kambing. Sebab itulah ia diberi cabaran fear factor. Mengharungi cabaran tanpa ada rasa ketakutan! RM200,000 tu..semua orang nak. Tahniah sekali lagi buat Erin Malek dan Redha pemenang Fear Factor Malaysia musim 2. Pasangan kecil tetapi hebat!

26 comments

itu la sapala yg sangup mkn bangkai kan..apa2 pun tahniah buat mereka

macam tu pulak kan...eii..memang taklah nak makan bangkai

Pihak astro pun ada merujuk kepada jakim sebelum berlangsung fear factor nie

tpi fear factor yg musim ke-2 ni x elok sgt sbb ada banyak misi2 makan benda yg menggelikan. benda2 cmni semua boleh merosakkan badan ==

makanan basi pun saya tak sanggup nak makan ni kan lagi makanan yang dah serupa itu bluewwk

kan. bila dpt jwapan sebegini.maka terjawab la sudah.
tahniah buat mereka..

Mmg sibuk org cakap hmmm... mcm2 kan.. :D

2 laa mcm2 spekulasi ada..tp tuh laa klu rupa mknan ntah apa2 nih, rs kembang tekak jgk nak telan..

Klu bkn bangkai pun mcm xlalu je nk mkn..haha

tahniah menang...tapi kalau akak..pikir 2 kali gak

heheh..
disebut bangkai sbb naik main psikologi dgn peserta..
kalau sebut daging rebus xdek ler cabaran.

pandey fear factor tok
di deco siap2 haha..
pereyy

assalamualaikum yumida....tahniah buat pasangan erin n redza kerana berjaya...;)

Laaa ... Camtu plak ... Tapi, eeee, mmg x lah klu bg kat saya ...

Assalamualaikum kak . kita tak dapt tengok part part yang ada makan makanan cemtu .. sebab kena tukar siaran . . tak tahan dek tekak :3

Actually isu ni dah mendapat pengesahan JAKIM kataya..kita pasti ianya memang dibuat sebegitu rupa untuk psycho dia orang...

larr, camtu plak ea?? btw, tahniah lar dorang dah menang.. hehe ..

## datang tengok video oral B ## *thumbs up.. meh tngokk leen pnya lak .. keh3

Oh macam tu ke? baru lah tahu,... huhu

mungkin decoration nya kot, tapi kalau jepun lagi extreme,, eat**** , main2 dengan sh**.. euwww. hahahaha

Xlalu nengoknya.. Geli.. Tp krana cbaran dorang ikut je..


EmoticonEmoticon