Gambar pencarian harta karun di Pulau Nangka

Pulau Nangka yang terletak kira-kira 4 kilometer dari Pulau Besar, Melaka mula menjadi tumpuan berikutan dakwaan ia menyimpan harta karun bernilai berbilion ringgit, milik sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Shah.

Gambar pencarian harta karun di Pulau Nangka, syiling emas pulau nangka, artifak pulau nangka, 2 keping medal campuran emas dan tembaga pulau nangka
Pulau Nangka, Melaka

Dokumentasi menunjukkan Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri selepas dikejar oleh Portugis pada tahun 1511. Dalam usaha untuk menyelamatkan hartanya daripada dirampas oleh pihak Portugis, tidak mustahil Sultan Mahmud ada menyimpan sebahagian daripada harta-hartanya di beberapa tempat dan salah satu daripada longgokan harta tersebut berkemungkinan ada di pulau tersebut. 

Gambar pencarian harta karun di Pulau Nangka
Gambar operasi pencarian harta karun di gua Pulau Nangka, Melaka

Gambar pencarian harta karun di Pulau Nangka
Gambar mesin pengimbas diimbas pada permukaan batu Pulau Nangka sebelum ditebuk dengan mesin penggerudi

Kos operasi pencarian harta karun di Pulau Nangka mencecah RM1 juta yang meliputi penyediaan peralatan, tenaga kerja dan logistik. Imbasan awal yang dijalankan, Pulau Nangka didapati mempunyai 20 buah bilik. Kesemua bilik tersebut dipercayai dibina pada zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan dinding batu jenis berlian kuari itu mempunyai ketebalan sehingga 5 meter, selain berketinggian 8 meter dari puncak bukit, syarikat tersebut terpaksa mengambil masa selama hampir dua tahun bagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang.

Gambar pencarian harta karun di Pulau Nangka
Gambar lubang gua yang menjadi laluan utama ke ruang yang menempatkan harta karun

Usaha pencarian harta karun di Pulau Nangka selama 4 bulan itu, akhirnya membuahkan hasil. Apabila 2 artifak ditemui dalam bentuk syiling.

Syiling tersebut akan dihantar ke makmal dan Jabatan Wasiran Negara bagi memastikan keasliannya. Prosedur tersebut dilaksanakan bagi memastikan sama ada medal tersebut diperbuat daripada emas atau tembaga selain mengetahui usianya. Ujian itu perlu bagi memastikan seandainya artifak tersebut memang benar berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sumber: Kosmo 

13 comments

macam seronok jer mencari harta karun ni... tak sabar nak tunggu penemuan yang seterusnya...

Ala dorang dah dapat dulu, tak sempat zumal pergi cari :))

rajin diorang nih..
kalau husna, konfem tak kan turun..:p

berdasarkan laporan diorg, mesin pengimbas kesan 96 peti besi peninggalan kesultanan melaka dulu. andaian mereka mungkin dlm peti tu mengandungi emas n barangan berharga. kerja mengorek in progress. hope dgr berita gembira lepas ni.

husna singgah dari blog mselim..:)

waaaa.. kayoo la mun dpt ya.. hehe

:) macam-macam la. haha :P

http://pemudattbc.blogspot.com/2014/05/syria-hanya-malaysia-gelar-mujahidin.html

Seronok dgn cerita2 mcm ni.. :)

tetiba nama Pulau Nangka menjadi sebutan dlm pencarian harta karun.. sblm nih xpenah tau pn kewujudan pulau nih..

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon