Hati-Hati Beli Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri

Ni cerita beberapa minggu lepas, pasal viral rakan blogger kita yang mukanya teruk lepas stop pakai produk ____ tersebut. Peringatan untuk diri aku. supaya tak beli produk sembarangan. Tapi aku ni jarang beli barang make up. Tapi adik aku tu haaa, bertimbun-timbun segala jenama make up atas meja dia.

Dari dulu lagi, alhamdulillah aku tak ada masalah kulit. Jerawat hanya timbul bila time period je. kebiasaannya, kulit wajah aku super licin. Boleh buat gelongsor lagi. Memandangkan aku tak ada masalah kulit, jarang la aku nak beli produk itu ini. Cuci muka pun pakai shower dettol je. Tak ada pakai cleanser ke apa, serum ke, cuma aku pakai krim dan bedak muka je.

Teringat produk kosmetik, teringat jugak kat adik aku. Macam-macam produk kecantikan dalam bilik dia. Dah la kulit dia sensitif, mudah naik jerawat besar, berani guna produk kosmetik sembarangan. Lepas je kes viral produk ___ terus aku bagi warning kat adik aku. Hish..menakutkan.

Untuk pesanan bersama. Kalau beli produk kosmetik tu, pastikan original baru beli. Elak beli produk kecantikan mengandungi merkuri. Bahan beracun. Bahaya untuk kulit dan diri kita sendiri. Aku…biasa beli barang make up kat Watsons dan Guardian je. 

produk kosmetik watsons, produk kecantikan watsons, shopping di watsons
Watsons

Sekarang aku pakai Pixy. Murah pun murah..jimat. Tak berani la aku beli produk yang orang jual direct selling tu. Atau pun produk local yang aku kurang arif bahan kandungan produk tu. Yang guna kita, yang merana nanti pun kita jugak. Berjaga-jaga lebih baik dari terkena. Kannn..

13 comments

setuju.. saya pakai aloe gel je, make up2 tak berani :( ni pun kulit tak elok sangat..

heee. betol. kalau kulit muka tak ada masalah, better jangan letak macam2. nanti timbul masalah baru nk menyesal. hehe
Jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

betulll ssetuju! pengaruh nak kulit licin bak kulit telur punya pasal padahal dah makan dalam kulit. uii serik dah!



insyaAllah apa yg ada kat watsons or guardian, dah diuji dulu. jadi jangan ragu ragu :)

betul tu..produk local pun ada yang ok, macam secretleaf..mmg formulasi natural, takde bahan kimia berbahaya..ada ujian makmal semua..hehe..

**promot sikit :p

sekarang pun tengah kecoh produk local kebykknya merkuri.. risau plak

Susah nak cari skincare yang tak bermercury sekarang.

http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

Very nice post here and thanks for latest smartphone applications it .I always like and such a super colors of phone for these post.Excellent and very cool idea and great models and different kinds of the more information's.

digital marketing company in india

Bahaya mmg bahaya.

Kena hati2 memilih produk.

Bayangkan pakai mercury dekat muka.. Allah seram sangat dengar..memang kena hati-hati bila nak pilih skincare..jangan nak cepat dapat hasil je..nanti merana:(

mcm2 jak produk knktok.. erm


EmoticonEmoticon