Kengkadang pasal benda remeh pun boleh
buat orang gaduh, bermasam muka, mengamuk sakan. Gara-gara gunting rambut
anaknya. Ye, pasal gunting rambut je pun boleh buat sedara mara gaduh. Benda
yang pernah terjadi kat kawan aku.
Aku suka rambut pesen macam ni, mudah nak urus |
Masa tu kita orang form 6. Manakala
sepupu dia ni perempuan, darjah 1. Al kisah sebab terlalu rimas dengan rambut
sepupu dia yang ikal bergulung-gulung, mengerbang plus ada kutu. Dia pun
gunting rambut sepupu dia pesen square. Tak ada la pendek sangat. Rambut cecah
bahu. Cuma tak panjang la macam sebelum ni, mayang mengurai.
Tengah hari tu dia gunting rambut
budak tu. Petang tu mak dia balik kerja, datang mengamuk ke rumah. Weh nebes
aku weh! Pertama kali aku tengok orang mengamuk. Marah-marah kat kawan aku tu.
Kerana rambut punya pasal lalu tak bertegur sapa. Hadoi..
Budak tu lepas gunting rambut aku
nampak kemas sikit. Tapi mak dia tak suka. Ermm..susah jugak kan. Kadang-kadang
kita rasa tindakan kita terbaik buat dia. Tapi..complicated la manusia ni
kan..haha.
Sebaiknya,
kalau kita nak gunting rambut anak orang, kita kena inform atau minta kebenaran
mak ayah dia. Supaya tak terjadi macam cerita di
atas. Lagi la kalau jumpa orang cerewet. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Err…lariiii..
2 comments
macam macam kan...tapi betul juga la...kena minta izin dulu, supaya xterjadi perselisihan...
hehe..kena la gtau mak dia tu dulu sebelum buat apa-apa kat anak dia. kang tak pepasal hehe
EmoticonEmoticon