Berapa Kali Dalam Sebulan Korang Keluar Ke Bandar/ Pasar/ Shopping

Ni soalan poyo dari aku. Nak la jugak tahu apa aktiviti korang di hujung minggu. Berapa kali dalam sebulan korang keluar ke Bandar? Dalam erti kata lain, keluar ke pasar beli barangan dapur, beli barangan peribadi, shopping pakaian. Takkan hari-hari keluar. Ish kalau hari-hari keluar, mesti dia orang kaya. Pewit! Belanjakan saya aiskrim magnum satu pleaseeee..

shopping barangan dapur
Ni la tujuan utama kami keluar ke bandar, shopping barangan dapur


Untuk aku pulak, dalam sebulan tu kami keluar ke Bandar 2 kali. Means 2 minggu sekali. Jauh jugak nak ke Bandar tu. Makan masa 1 jam 15 minit. So, demi menjimatkan duit, jimat minyak kereta kami pun decide hanya keluar 2 kali je dalam sebulan.

Tu kalau tak ada apa-apa urusan yang penting la. Al maklum la, tinggal berjauhan dengan keluarga di kampung, jarang nak lepak sana sini. Beli barang, terus balik rumah. Takde singgah menyinggah rumah orang lain. Tapi syok jugak kan, kalau dapat lepak rumah member ke, rumah saudara. Sambil ngeteh, bbq bagai. Nyums…

Hari ni hari Sabtu, kami bertiga keluar ke Bandar. Horrey! Nak beli baju untuk baby Amirah. Minggu depan plan nak balik ke kampung. Boleh baby Amirah guna baju baru nanti. Beli reben, kasi hias macam anak patung. Habis laa.. Eh korang ada pergi mana-mana tak hari ni?

3 comments

hari ini ingat nak cari baju kerja la :)

AB tiap kali gaji keluar..sebab masih duduk dengan parents, so time gaji boleh la belikan groceries untuk diorang..ngeeee

Berapa Banyak Bahasa Yang Ada di Dunia?

ermmm...nak kata stiap mgu pun boleh jgk !
haha...tak reti nk beli belah sebulan tahan sebulan



JOM TRY SABUN BOLEH PUTIHKAN BAJU2 LAMA :)
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/sabun-champaca-cara-mudah-hilangkan.html


EmoticonEmoticon