Cat Rumah Awal Sebelum Masuk Bulan Puasa

Budak sekolah cuti, kami pun turut bercuti 2 minggu. Alang-alang dah balik kampung awal, hb pun terus plan nak cat rumah parents dia sebelum kedatangan bulan puasa iaitu Ramadhan Kareem 2016.

Kaler cat dipilih untuk Raya tahun ni kaler kelabu purple. Cantik ar. Dah 2 tahun tak tukar cat rumah. So tahun ni hb nak kasi rumah parents dia nampak baru, nampak cantik. Sesuai sangat. Budak-budak kan, suka conteng kat dinding. Dah dicat baru, nampak sangat bersih, cantik, berseri-seri rumah.

Cat rumah Raya

Rumah pun dah siap dicat semalam, hari Ahad. Ye la, hari ni hari Isnin, hari pertama puasa tahun 2016. Time puasa mana larat nak buat kerja mengecat semua, penat woi, haus. Jadi hb pun bereskan segala aktiviti mengecat sebelum tibanya bulan Ramadan. Dah siap. Settle. Yey, tepuk tangan. Selamat berpuasa..

2 comments

Alhamdulillah terlaksana apa yang dirancang..salam ramadan :)

seronok juga cat rumah....letihnya bukan main,...


EmoticonEmoticon