Permulaan Tahun Baru 2017 Yang Kurang Baik

Bermulanya bunga api ambang tahun baru, terus terdengar berita kurang elok, percikan bunga api meletup di tanah sebelum sempat terbang ke langit. Ramai yang cedera, seram pulak tengok video. Mesti kucar-kacir, huru-hara nak selamatkan diri. Juga berita kenaikan harga minyak buat orang ramai naik minyak di tahun baru. Itu berita umum.

gambar kad ucapan selamat tahun baru dan happy new year 2017, gambar dp bbm selamat tahun baru 2017 & happy new year, ucapan selamat tahun baru, dp bbm bergerak tahun baru 2017
happy new year!!

Berita aku pulak, bermulanya tahun baru..enjin blogging agak slow. 1hb hingga 4hb belum lagi ada entry terbaru. Azam kata nak aktif blogging tahun ni. Hihi, tersasar sedikit. Then diuji pulak dengan masalah internet, line hilang connection. Fuh, macam-macam dugaan tahun 2017. Harap selepas ni, semua urusan berjalan lancar seperti direncanakan.

Korang pulak? Apa azam tahun baru korang? Ada yang berazam nak kurus. Ada yang berazam nak labur wang dalam unit amanah. Moga semuanya tercapai. Selamat tahun baru korang.

3 comments


EmoticonEmoticon