Baru je balik rumah semalam, selepas
menghabiskan cuti 2 minggu di kampung. Sempat la merasa 6 hari berbuka puasa
bersama ibu bapa, adik-beradik, ipar duai. Meriah! Kuih-muih jangan kata la,
penuh meja. Dengan air tebu nya, air cendol, abc, air selasih..macam-macam ada.
kredit foto berbuka puasa
Part menyeronokkan bersungkai di
kampung dapat tengok sesi berbalas juadah. Kita yang di rumah masak 2-3 lauk,
tiba-tiba jadi banyak. Alhamdulillah, rezeki dari mereka yang bermurah hati.
bertukar-tukar juadah.
Masakan mak paling sedap. Bestnya dapat
merasa masakan mak sendiri, mak mertua, mak orang lain. Air tangan mereka yang
legend di dapur. Kalau sendiri masak agak kureng sikit nak makan. Kalau dimasak
orang lain hmm penuh selera!
Hari ni korang nak masak sendiri ke
untuk juadah berbuka puasa petang nanti? Ker beli kat pasar bazaar ramadhan. Banyak
pilihan lauk. Tapi tu la, duit je problemnya. Kalau tak control boleh habis RM30
dalam sehari kat bazaar tu. Menggoda sungguh makanan.
6 comments
Paling best bila dapat berbuka puasa di kampung bersama keluarga :)
Seronoknya dpt berkumpul dgn family...puasa & Raya tahun ni yg pertama tanpa arwah mak...tak tahu mcamana kami nak face it bila balik kg Raya nti ....
bestnya berbuka ramai2
berbuka ramai-ramai memang best ...
masa 1st puasa da buka ramai2 kat kampung...
kaissi.my
Kiter dah x de kpg. Berbuka kat kl aje la sampai bila bila.
slmt berposa yumida...
EmoticonEmoticon