Baju Rayaku Yang Gebu Mengembang

1 pasang baju Raya dah siap! Kaler pink! Hantar kat tailor cina. Upah jahit baju kurung moden/ baju kurung fesyen RM40. Manakala 3 lagi kain di hantar ke tailor lain, upah jahit baju kurung moden RM25 sepasang. Murah je kan.

Baju pink yang dah siap tu aku bagi contoh untuk buat 3 lagi kain yang aku mention atas tu. Sebelum hantar kat tailor, dah siap tulis kat kertas, aku nak tambah lebar bahagian dada 1 inci, tambah lebar hujung tangan baju 1 inci. Lepas 2 minggu berlalu, baju pun siap. Excited la aku kan, baju raya dah siap. Nah! Sekali cuba…kembangnyaaa…

Rupa-rupanya lebar baju di tambah 1 inci belah kiri, 1 inci belah kanan, total 2 inci lebar dada. Yang aku maksudkan total lebar adalah 1 inci je. Kemudian part hujung tangan di tambah dari bahu ke hujung lengan sebanyak 2 inci. Yang aku minta tambah kat hujung tangan je. Adoyai…masak..redha je mak.
Pewit..kami datang nak beraya!!!

Bila aku cuba, kembang bak bunga mekar. Part lengan bahu tu ketara besar sangat. Sampai hb pun tegur, apsal baju nampak besar sangat. Haha.. Kesimpulannya..juga sebagai pengajarannya, kalau nak hantar baju kat tailor, pastikan mesej sampai kepada mereka. Salah siapa? Salah baju tu la tetibe menggemuk sendiri. Hakhak.. Nasib baik aku jenis tak cerewet, hmmm bedal je la baju raya pau mengembang aku tahun ni. Eh baju raya korang dah siap ke? Ada yang beli? Tempah?

7 comments

tu la, kdg kdg tersalah faham, masih boleh dikecilkan x lengan bajunye?

masih blh kecikksn tapi leceh nak hantar balik suruh jait, nant kena caj lain pulak

Aisehh..misscommunication pulak dengan tailor ye..AB pon tak beli lagi baju raya. Cadangnye nak beli yang readymade je..

Apa Itu 'Flying Tent' ?

Kmk langsung xda Persiapan baju raya taun tok .hehe. Harap bulan posa lak ada mood nk beli bju raya. N cgek juak, kmk jerak eko nganta bju ngn tailor k raya.. confirm 2-3 ari raya bok siap.huhu

dah tempah awal, camnilak jadinye ye..sib baik empunya diri tak cerewet. hehe. cayalah.

wow lawa pic tu haha...lama tak bkunjung sini..apa khabar Yumida..:)


EmoticonEmoticon