Tahi Cicak Jatuh Dalam Pinggan Ketika Makan

Cerita fresh lagi ni! Baru terjadi semalam! Nak menaip tajuk entry ni betapa euwww nya aku. Geli! Yaks! Tahi cicak yang hitam putih tu jatuh dalam pinggan hb. Nasib baik pinggan dia. Kalau pinggan aku errr trauma aku nak makan guna pinggan.

makan udang sedap
Tengah menikmati udang sedap terserempak tahi cicak..oh makkkkk

Dah la lauk tengah sedap! Mahal pulak tu! Ye la jarang nak makan udang fresh. Bila dapat makan udang kemain excited tak sabar nak makan. Hb baru je duduk nak makan. Mula-mula dia tuang balik nasi dalam periuk sebab dia kata kenyang, so nak ratah udang je. Sekaliiiii…ternampak taik cicak dalam tu.

Terbantut proses makan. Riuh dan kecoh kami kat dapur. Masa tahi cicak tu jatuh bedebup dalam pinggan, dengan kuah udang sekali terpercik ke tepi. Sikit la. Hebat betul cicak tu berak. Betul-betul dalam pinggan hb. Kah kah kah…

Tahi cicak fresh tu.. Besar pulak tu! Sadis betul. Kenangan tragis di meja makan. Aku mampu gelak berdekah-dekah je. Hb sakit hati pi tengok atas siling meninjau kelibat cicak kurang hajo tu. Mula-mula memang tak nampak. Rupanya dia sembunyi kat celah wayar. Bedebah sungguh cicak tu.

5 comments

Bayangkan kalau tak perasan cam mana agaknya??
Hmmm...

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Aiyakkkk, bukan rezeki la tu...
cari cicak tu jatuhkan hukuman gantung..
kikiki

Lucu nar juak.. lalu riuh sekampong ntam taik cicak ya tek hahaha


EmoticonEmoticon