Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Kemas Rumah Persediaan Sambut Hari Raya Sehari Sebelum Puasa

Ahad, hb dan kuncu-kuncunya membuat pembersihan rumah besar-besaran. Kuncu tu anak buah hb seramai 5 orang. Tugasnya adalah mengelap kerusi, lap meja, lap almari, perabot. Awal weh kemas rumah, bukan pasal excited nak raya tapi kalau buat pembersihan bulan puasa anak-anak buah keletihan.

Kemas rumah oiii nak Raya ni

Bagi mengelak anak buah letih di bulan puasa, so hb pun tetapkan misi sehari sebelum puasa untuk mengemas rumah bersama anak buah tercinta. Hb siap ada strategi lagi nak bakar semangat diorang bekerja. Nak bagi hadiah special siapa paling rajin.

Hadiahnya….pensil warna jenama stabilo saiz besar! Untung korang. Dulu masa kami kecik-kecik dulu mana ada reward diberikan. Yang pastinya, dekat nak raya tu kami dah busy kemas rumah. Cuci tikar getah, berus lantai, sampai berkedut jari kaki kami berendam lama sangat dalam air. Zaman dah berubah. Untung anak-anak sekarang. Taraf ekonomi dah meningkat.

Eh, korang pernah merasai zaman kecik cuci tikar getah di bawah hujan lebat? Haih seronok pulak bila mengenangkan kembali. Sambil cuci, sambil luncur atas tikar. Licin sebab banyak buih sabun. Cuci tikar sambil menyanyi-nyanyi, suara sumbang pun lantak la, hujan lebat, mana ada orang dengar.
Terima kasih membaca Kemas Rumah Persediaan Sambut Hari Raya Sehari Sebelum Puasa

5 comments:

  1. teringast pula zaman kanak-kanak....letih puasa lagi la...kalau boleh nak merangkak ja...konon letih sangat

    ReplyDelete
  2. jm biasanya malam raya masa paling sibuk...

    SINGGAH

    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. saya sendiri tak pernah mengalaminyaaaa..hehee

    ReplyDelete
  4. Masa kecik dulu nak raya seronok..lagi2 kalau dpt baju n kasut raya baru..rasa mcm tak nak tido,sebab tak sabar punya pasal..asik2 testing je pakai..hihi kenangan

    ReplyDelete
  5. sehari sebelum puasa kemas rumah..
    sebulan berpuasa bersepah balik..
    huhuhu...

    kaissi.my

    ReplyDelete