Manfaat Arang Dalam Kecantikan & Kesihatan

Rasanya semua orang tahu macam mana bentuk arang ni. Arang terhasil selepas proses pembakaran kayu. Untuk yang gemar ber-BBQ arang sangat diperlukan untuk memanggang. Arang boleh dibeli secara mudah di kedai. Tapi tahukah anda, di sebalik warnanya yang gelap gelita arang banyak manfaat dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Manfaat arang dalam kecantikan dan kesihatan, kelebihan arang, fungsi dan kegunaan arang, cara gunakan arang untuk jadi cantik, beli arang di kedai, arang untuk panggang bbq, gambar arang
kredit foto arang

MANFAAT ARANG DALAM KECANTIKAN DAN KESIHATAN

                                       1. Kelebihan arang boleh memutihkan gigi        
Arang boleh menarik kekotoran yang terlekat pada enamel gigi sekian lama, sekali gus membersih, mengilat dan memutihkan gigi serta-merta. Serbuk arang aktif boleh dibeli di kedai ubat atau farmasi sebelum diletakkan sedikit pada berus gigi yang sudah dibasahkan. Ia perlu digosok pada gigi sama seperti penggunaan ubat gigi, biarkan seketika sebelum digosok sekali lagi sebelum berkumur. Ia tidak mempunyai rasa dan mampu menghilangkan bau mulut, selain membuatkan gigi kelihatan putih, bersih dan berkilauan. So, kalau anda dalam misi memutihkan gigi, apa kata cuba arang pula untuk putihkannya.

2. Arang bermanfaat hasilkan pupur untuk membuang kekotoran pada kulit
Arang boleh membuatkan kulit muka berseri. Caranya hanya perlu campurkan arang ke dalam sedikit air, yang sedia ada bancuhan pupur di dalamnya. Sapu ke muka, kemudian bilas. Arang membantu mengeluarkan kotoran pada kulit wajah dan membersihkan kulit wajah dengan sempurna. So, dapat la anda memiliki kulit yang cantik berseri-seri dengan pupur bancuhan arang ni.

3. Arang membantu mengatasi masalah kembung dan senak perut
Setiap kali didatangi haid, wanita sering rasa tidak selesa, malah berasa sedikit ‘gemuk’ di bahagian perut. Arang menyerap gas dan toksin daripada sistem pencernaan dan menyingkirkannya, lalu membuatkan badan terasa lebih ringan. Ambil arang dalam bentuk tablet dua jam sebelum dan selepas makan untuk mendapat kesan terbaik.

4. Arang membersihkan kulit kepala
Arang boleh membersihkan kulit kepala dengan sempurna dan menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. Caranya hanya campurkan sedikit arang ke dalam syampu yang anda selalu guna kat rumah. Dengan mudah anda memiliki rambut yang sihat dan cantik.

5. Lembutkan kulit dengan campuran arang
Dapatkan kulit yang bersih dan lembut dengan mencampurkan arang dengan syampu mandian. Hasilnya anda akan memiliki kulit badan yang cantik dan lembut.

6. Arang sebagai maskara dan penggaris mata buatan sendiri
Wah hebat you! Boleh hasilkan barangan make up sendiri. Caranya campurkan sedikit air dan arang aktif untuk membentuk cecair likat. Sapu pada bahagian mata menggunakan berus penggaris mata dan berus maskara untuk mendapat kesan sama seperti alat mekap yang dijual di pasaran. Mesti akan jadi cantik jelita.

7. Arang boleh merawat jerawat dan menyihatkan kulit
Disebabkan arang bersifat membuang toksin, ia juga boleh menjadikan kulit bebas daripada masalah seperti jerawat atau kulit berminyak. Hanya sapukan sedikit arang aktif bercampur sedikit air pada muka. Biarkan seketika sehingga kering supaya ia dapat menyerap segala kekotoran sebelum dicuci bersih. Wah sangat simple dan mudah. Boleh cuba bagi yang ada masalah jerawat dan nak dapatkan kulit cantik sihat.

Itulah 7 manfaat arang dalam bidang kecantikan dan kesihatan manusia. Banyak fungsi dan kegunaan arang ni. Kelebihan arang bukan sahaja sebagai bahan bakar. Pada yang ingin memiliki kulit yang cantik, boleh cuba tips kecantikan dari arang di atas.

6 comments

petua orang lama untuk putihkan gigi. :) licha klik inti this morning

yang tau untuk gigi jer.. banyak lagi manfatnya.. apapun thanks Yumida.. nice sharing..

walaupun hitam pekat tapi byk juga manfaat dia :)

macam pelik kan, pakai arang untuk jadi putih. ironinya.

@Diana Rashid rasanya kayu arang x sama dgn batu arang. sbb aritu pergi kat kedai, beli arang batu.


EmoticonEmoticon