Entry Denaihati Kajian Remaja Solat Jadi Rujukan Pencetus Ummah PU Azman

Entry Denaihati Jadi Rujukan Finalis Program TV: Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2014
Blogger Denaihati , blogger berpengaruh di Malaysia. Malah seringkali ditemuramah di kaca tv. Namun siapa sangka di pentas final Mimbar Akhir Pencetus Ummah S2, mata ini menatap nama penulis artikel entry yang cukup aku kenali! 28.7% Sahaja Remaja Islam Malaysia Solat 5 Waktu Penuh – Denaihati. Aaa aa la memang Denaihati! Wah, awesome! Content entry berkualiti di blog Denaihati menjadi rujukan PU Azman.

Entry blog Denaihati jadi rujukan Pencetus Ummah PU Azman, kajian remaja solat sembahyang, dakwah tazkirah Mimbar Akhir Pencetus Ummah S2 tahun 2014, Denaihati blogger inspirasi, kajian remaja Islam Malaysia solat 5 waktu
Kajian remaja menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7% 
Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang sangat terkenal di Malaysia.

Entry blog Denaihati jadi rujukan Pencetus Ummah PU Azman, kajian remaja solat sembahyang, dakwah tazkirah Mimbar Akhir Pencetus Ummah S2 tahun 2014, Denaihati blogger inspirasi, kajian remaja Islam Malaysia solat 5 waktu
 Menerusi dakwah Mimbar Akhir Pencetus Ummah pusingan ke-2, PU Azman telah membawa tazkirah bertajuk Tak Ada Alasan Tinggal Solat. Menerusi perkongsian entry Denaihati seperti di atas, ada dinyatakan kajian mengenai peratusan remaja Malaysia yang solat cukup 5 waktu. Peratusan yang begitu sedikit. Begitu mencabarnya tugas menjadi ibu bapa dalam mendidik anak-anak mendirikan solat.

Malah ada juga kes, ketika di alam kanak-kanak mereka begitu patuh mengerjakan solat, namun bila usia mereka menginjak ke alam remaja dan dewasa, kewajipan solat dilupakan. Dek godaan zaman serba canggih. Bagus tazkirah PU Azman ni. Mengingatkan kita sebagai umat Islam yang kadang kala sering kelalaian. Sumber rujukan yang begitu bernas mengukuhkan dakwahnya. Cara dakwah yang santai, bersahaja, ada intonasi, mesej meresap masuk ke minda penonton.

Alhamdulillah, PU Azman telah dinobatkan sebagai juara Pencetus Ummah S2. Tahniah diucapkan! Juga kepada blogger Denaihati, tahniah kerana entry anda telah menjadi sumber rujukan ramai pembaca. Kejayaan anda dalam berblogging juga dijadikan inspirasi oleh ramai blogger di luar sana termasuk diri ini. Moga sukses selalu. Happy berblogging :)

Info terkini Pencetus Ummah S2:

2 comments

Sik perasan malam tadik. Kmk hanya dengar jak PU tok sambil online ;D hee

Tu dia.... blogger skrg terutama entri Densihati jadi rujukan.... tahniah DH dan mana2 blogger yg berkongsi info berkaitan keagamaan.


EmoticonEmoticon