Aku Isterinya Episod Akhir
Shamil datang menemui Mya. Dia mengakui kesalahannya kerana begitu
mencintai Mya. Mikail berang apabila melihat kehadiran Shamil. Shamil menerangkan
niatnya ingin berubah dan ingin menebus kesalahan terhadap mereka.
Yati dihimpit rasa bersalah. Dia masih teringat akan sikap jahatnya
terhadap Mya suatu ketika dahulu. Malah dia membuat fitnah kononnya Mya
menggoda ayah tirinya. Perkara itu diadu kepada emaknya, kerana itu Mya
sentiasa menjadi tempat amarah emaknya. Yati menangis teresak-esak. Kesal akan
sikapnya terhadap Mya.
Mya menerima panggilan mengatakan Mak Ngah dan Yati meminta dia untuk
balik ke kampung. Sejurus selepas menerima panggilan itu, Mya diserang rasa
kehairanan. Selama ini, Mak Ngah dan Yati tidak suka bila melihat dirinya di
rumah itu.
Setibanya Mya dan Mikail di kampung, Yati berpelukan dengan Mya sambil
meminta maaf. Dia menyesali segala perbuatannya dahulu. Malah, Mak Ngah turut
meminta maaf kepada Mya. Bila teringat kembali sikap kasarnya terhadap nenek
Mya, dia rasa sangat menyesal.
Ani memberikan sampul berwarna coklat kepada Mya. Ani menerangkan di
dalam sampul tersebut terkandung geran tanah yang ingin diberikan kepada Mya. Mya
berasa sebak. Malah dia merasakan dirinya tidak layak menerima geran tanah
tersebut memandangkan ketika neneknya sakit, dia tiada di sisi neneknya dan
menjaganya ketika sakit.
Di rumah, Mya terimbas kembali kisah perjumpaannya dengan mak mertuanya,
iaitu mak Mikail. Berangnya Datin Adiba bila mengetahui Mikail dan Mya menyorok
hal perkahwinan dari pengetahuannya. Tambahan lagi Datin Adiba begitu membenci
asal usul Mya yang dilabelnya dari keluarga yang tidak baik.
Sedang leka melayan perasaannya, Mya menerima panggilan telefon. Dia dikhabarkan
Farhan telah bekerja dan berkhidmat di Sarawak. Farhan yang dahulunya pernah
menaruh hati terhadap Shamil. Namun, hati Shamil hanya mencintai Mya. Malangnya,
Shamil hanya bertepuk sebelah tangan.
Mya dikejarkan ke hospital. Mikail resah menunggu di luar bilik
bersalin. Dalam resah dia rasa teruja untuk bergelar ayah. Tidak lama selepas
itu, dia dimaklumkan bahawa Mya telah melahirkan anak kembar. Mya dan Mikail
tersenyum bahagia melihat kecomelan anak mereka.
Tanpa diduga, mak Mikail turut datang melawat Mya. Mya berasa sangat
terkejut. Datin Adiba meminta maaf atas sikapnya terhadap Mya. Mya berasa
terharu kerana mak mertuanya telah menerimanya sebagai menantu.
Perlahan-lahan Datin Adiba masuk ke milik Mya. Dia menjenguk cucunya
yang sedang tidur. Menyedari kehadiran emak mertuanya, Mya cuba untuk bangun. Datin
Adiba bertanyakan jika Mya ingin makan apa sahaja makanan kesukaannya.
Suzzane datang ke rumah untuk meminta maaf terhadap Mya. Dia menyesal
kerana sering menjadi batu api. Berpunca kerana dia ingin memiliki Mikail. Suzzane
turut meminta maaf pada emak Mikail kerana mereka-reka cerita memburukkan Mya,
agar dirinya membenci Mya. Suzzane menyatakan dia ingin kembali ke New York
untuk memulakan kehidupan baru di sana. Dalam pada itu, dia ingin mengembangkan
perniagaannya.
Masa kian berlalu, Mikail dan keluarganya sibuk membuat majlis hari jadi
anaknya. Mikail memberikan kotak kecik kepada Mya. Mya tergamam apabila melihat
1 anak kunci di dalam kotak tersebut. Mikail menghadiahkan sebuah villa buat
isteri kesayangannya, Mya.
Di luar rumah, sebuah kereta berwarna merah berhenti di tepi jalan. Adam
keluar dari perut kereta membawakan sekotak hadiah. Selepas loceng dibunyikan,
Datuk Lufti keluar. Adam menyerahkan hadiah tersebut kepada ayah Mikail, lantas
terus berlalu dari situ.
Dalam rumah, kemeriahan semakin memuncak. Anak kembar Mya dan Mikail
bakal menyambut hari lahir mereka. Mya berasa sangat bahagia. –TAMAT-
Gambar Aku Isterinya
Ending Aku Isterinya
Drama Aku Isterinya membawa pengakhiran cerita happy ending! Yati, Mak
Ngah, Suzanne, Datin Adiba, Shamil kesemuanya meminta maaf terhadap Mya. Malah,
Adam juga memperlihatkan sisi seorang yang telah berubah. Buktinya dia datang
ke majlis hari jadi anak Mya dan Mikail dengan memberikan sekotak hadiah, lantas
terus beredar dari situ. Mya dan Mikail hidup bahagia. Haruslah! Dah namanya
drama. Tapi penghujung cerita ni nampak macam tak real. Bila kesemuanya
menyesali salah mereka dan berduyun-duyun meminta maaf terhadap Mya. Erm…nampak
berdrama sangat. Haha.. Nama pun drama :)
Drama Aku Isterinya tamat. Drama terbaru menggantikan Aku Isterinya
ialah Kerana
Terpaksa Aku Relakan. Saksikan
drama terbaru slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan jam 7 petang hari ini.
Drama slot Akasia Aku Isterinya
Adaptasi
dari novel Aku Bukan Mistress
Aku Isterinya Episod Akhir ditayangkan pada 20 Mei 2014
Hari: Selasa
Jam: 7.00 petang hingga
8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
the end ! hehee.. ~ suka citer neh .. ^_^
next akasia ~
Best dia nyer ending..happy ending kan..ari nih start citer baru plak..
Best ending nya ;D
Ena tengok last ending cerita ni je semalam... Episode lain malas nak usya. Ahaks
Last cite ni tgk x tgk je haritu.. Rugi rasanya..
Last cite ni tgk x tgk je haritu.. Rugi rasanya..