God’s Gift – 14 Days Episod Akhir

Drama Korea God’s Gift – 14 Days Episod Akhir telah pun disiarkan semalam. Drama yang penuh suspens, kejutan! Siapa sangka orang terdekat, orang yang begitu rapat sekali dengan Saet Byul merupakan pembunuhnya. Yang mana sebelum ini, Saet Byul telah ditakdirkan mati lemas di tasik terbiar. Sungguh daku tak sangka! Nak tahu siapa pembunuh Saet Byul? Jom baca God’s Gift – 14 Days Episod Akhir.

God’s Gift – 14 Days Episod Akhir 

Anak presiden mengaku membunuh kekasih Dong Chan, Moojin. Hal itu membuatkan darah Dong Chan membuak-buak. Dong Chan mencekik leher Haephatus hingga dia sukar bernafas. Kim Soo Hyun lakonan Lee Bo Young iaitu emak Saet Byul cuba menghalang Dong Chan kerana khuatir menyebabkan Haephatus mati tercekik.

Pak cik yang tinggal di rumah Dong Chan telah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Dong Chan menerima panggilan untuk melawat pak cik tersebut di hospital. Dong Chan lantas teringat yang mana ketika hari terakhir iaitu 14 hari dia dihidupkan semula, tarikh tersebut merupakan tarikh pak cik yang menjanjikan wang 10 ribu dolar kepadanya meninggal dunia. Dong Chan segera bergegas ke hospital.

Di hospital, pak cik menyerahkan sampul yang akan membantu abangnya terlepas daripada menerima hukuman mati. Seperti yang kita sedia maklum, abang Dong Chan disabitkan membunuh Moojin. Sampel tersebut mengandungi bukti pengakuan orang yang terlibat dalam pembunuhan Moojin. Rupanya, anak kepada pakcik tersebut terlibat dalam pembunuhan Moojin! Kerana itu pakcik tersebut berpura-pura menjadi orang miskin dan tinggal di rumah Dong Chan. Dia berasa sangat bersalah kepada Dong Chan.

Mengetahui hal itu, membuatkan Dong Chan naik berang. Selama ini dia menuduh abangnya melakukan pembunhan terhadap kekasihnya. Rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Dong Chan berusaha menyelamatkan abangnya daripada dikenakan hukuman mati.

Ayah Saet Byul merayu kepada setiausaha presiden untuk menyerahkan anaknya yang telah diculik. Setiausaha berhati busuk tersebut mempergunakan ayah Saet Byul yang juga merupakan peguam dalam kes pembunuhan Moojin. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya dilepaskan.

Setiausaha menggugut Dong Chan untuk menyerahkan bukti akuan tersebut. Jika tidak dia akan membuat tuduhan ibunya merancang kes penculikan Saet Byul. Yang mana ibunya nanti akan dikenakan hukuman undang-undang. Kerana terpaksa, Dong Chan menyerahkan bukti akuan tersebut.

Ibu Dong Chan terkejut melihat kehadiran Dong Chan. Selepas Moojin dibunuh dan abangnya dituduh atas kes pembunuhan itu, dia jarang kembali ke rumah. Dong Chan makan bersama keluarganya dan mengambil gambar bagi potret keluarga. Mungkin inilah kenangan terakhir dia bersama keluarganya.

Ibu Saet Byul datang berjumpa presiden. Dia ingin menjelaskan kisah sebenar pembunuhan Moojin yang melibatkan anaknya. Pada awalnya, presiden begitu sukar menerima berita tersebut. Semasa presiden ingin bertanyakan sendiri kepada anaknya, dia terdengar perbualan antara setiausahanya dengan isterinya. Rupa-rupanya dalang penculikan Saet Byul dirancang oleh mereka berdua. Presiden sangat terkejut. Dia segera datang rapat pada anaknya dan melihat ada kesan tikaman di dada anaknya. Terbukti, cerita yang diceritakan oleh ibu Saet Byul adalah benar!

Presiden membuat pengumuman tergempar. Dia mengaku bahawa anaknya terlibat dalam pembunuhan Moojin. Berita itu mengejutkan penduduk setempat! Dengan itu, abang Dong Chan dibebaskan dari tuduhan. Dia berasa sangat gembira apabila keluar dari penjara.

Dong Chan diberi dadah tanpa pengetahuan dirinya. Ini bagi menghalang Dong Chan  mengganggu muslihat jahat setiausaha dan isteri presiden.

Dong Chan menyangka Saet Byul telah mati. Dia panik kerana jika Saet Byul mati, ibunya akan dipersalahkan. Sebagaimana dirancang oleh setiausaha presiden. Dong Chan tidak mahu ibunya menjadi kambing hitam seperti apa yang berlaku terhadap abangnya. Dengan rasa berat hati, dengan rasa sedih.. Dong Chan mengangkat badan Saet Byul dan menuju ke tasik.

Mengingati kisah sebelum kematian dirinya iaitu 14 hari dia dihidupkan semula, baru dia tahu, mengapa pin rambut Saet Byul berada dalam poketnya. Ketika dia mengangkat Saet Byul, perlahan-lahan Saet Byul dalam keadaan separuh sedar meletakkan pin tersebut ke dalam poket Dong Chan.

Dong Chan berasa sangat bersalah pada ibu Saet Byul kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya. Malah lebih teruk dirinya menjadi penyebab kematian Saet Byul. Lantas Dong Chan teringat akan kata-kata peniaga restoran. Salah seorang daripada mereka berdua harus mati. Dong Chan menangis sebak. Dong Chan menuju ke tasik. Pilihan yang sukar baginya.

Akhirnya, Dong Chan memutuskan dia akan menyelamatkan Saet Byul dan membuat pilihan dirinya yang akan mati. Itulah pilihan 2 takdir yang harus dia pilih. Saet Byul hidup atas pengorbanan Dong Chan. Dong Chan menukarkan takdir, Saet Byul kembali kepada ibunya dengan selamat. – TAMAT-

God’s Gift – 14 Days Episod Akhir, Ending God’s Gift – 14 Days, God’s Gift – 14 Days last episode, Gambar pelakon God's Gift - 14 Days, pelakon God's Gift - 14 Days, Lee Bo Young - Kim Soo Hyun Cho Seung Woo - Ki Dong Chan Kim Tae Woo - Han Ji Hoon, Han Saet Byeol (Kim Yoo Bin)

Ending God’s Gift – 14 Days

Terimbas kembali sebelum berlakunya 14 hari Dong Chan dan ibu Saet Byul dihidupkan semula. Saet Byul ditakdirkan mati lemas. Situasi ini memberi kesedihan mendalam terhadap Kim Soo Hyun, ibu Saet Byul. Rupanya pembunuh Saet Byul ialah Dong Chan. Terkejut! Drama yang penuh suspens! Namun, selepas diberi kehidupan ke-2, Dong Chan memutuskan dirinya yang akan mati manakala Saet Byul akan hidup bersama ibu dan keluarganya.

 God’s Gift – 14 Days Episod Akhir, Ending God’s Gift – 14 Days, God’s Gift – 14 Days last episode, Gambar pelakon God's Gift - 14 Days, pelakon God's Gift - 14 Days, Lee Bo Young - Kim Soo Hyun Cho Seung Woo - Ki Dong Chan Kim Tae Woo - Han Ji Hoon, Han Saet Byeol (Kim Yoo Bin)

Drama Korea God’s Gift – 14 Days
Tarikh God’s Gift – 14 Days Episod Akhir: 20 Mei 2014
Hari: Selasa
Jam: 9.00 malam
Saluran: One HD 393
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

Salam.. datang sini nak jemput anda join Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

http://www.diarijejakahangat.com/2014/05/giveaway-diari-jejaka-hangat-2014.html

Sakit hati dengan ending nya. Padahal Dong Chan sik salah pun. Cuma nya kenak alkohol ya. Kmk berharap ending nya Soo Hyun berakhir dengan Dong Chan. Berulang kali kmk tgk ending nya mok faham maksud ending drama tok. Hee. Paling suka watak Dong Chan! ;D

Sukanya dengan cerita korea..

alaarr.. xtngokk pon >_< .. huhu

wow..tak perasan pulak yumida peminat kpop..akak minat gak

xpena follow cerita ni.. tp baca sinopsis mcm best lak..

Baca sinopsi jer la tak tgk huhuhuhu....
cam best jer citer ni