El Nino..ku rasa pernah dengar nama itu. Oh ya,
subjek yang aku belajar dalam Geografi suatu ketika dulu. Tahukah kengkawan
semua, El Nino memberi kesan yang teruk pada kita semua. Musim kemarau
yang berpanjangan, cuaca panas memanjang, suhu panas yang tinggi, malah
yang paling dikhuatiri ketiadaan air. Dek empangan yang kekeringan
akibat El Nino. Bayangkan kengkawan semua, El Nino yang menyebabkan musim kemarau
berpanjangan selama 6 bulan. Lama tu!
Kesan El Nino - menyebabkan sungai menjadi kering. Bot dan sampai tersadai gara-gara kemarau yang berpanjangan. Foto diambil di Hulu Tembeling, Jerantut kesan kemarau pada tahun 2010.
Apa itu El Nino?
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan
laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga
empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan
iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di
sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Sejarah El Nino di Malaysia:
Malaysia pernah mengalami fenomena El Nino pada tahun
1998. Suhu tertinggi ketika berlakunya El Nino iaitu 40.1 darjah Celsius. Bacaan
suhu ini direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.
Terbaru! Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan
El Nino bakal melanda Asia Tenggara bulan Jun 2014 ini. Means, bulan depan!
Sama ada Malaysia bakal terkena tempias El Nino atau pun tidak, perkara itu
belum dapat dipastikan. Moga-moga Malaysia tidak dilanda El Nino.
Tapi, better sediakan payung sebelum hujan. Sebelum berlakunya
El Nino, kena buat persediaan rapi. Persediaan bekalan air yang
mencukupi dalam menghadapi El Nino bagi mengelak krisis bekalan air.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
21 comments
great sharing
sekarang pon panas dah..huhu
haii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini
harap2 kita tak kena el nino...
semoga kita dilindungiNya..
Thanks for sharing...cuaca benar2 tidak menentu sekarang...semoga dijauhkan...aamiin
huhu dugaan kan..bumi dah tenat skrg..
hye kita follower u yg ke 3937. blogwalking from produk review and salam perkenalan :)
Kasihanlah kami Allah....
Allah...dugaan...smoga kita di sini sntsa dlindyngiNya.
harap² cuaca panas dan hujan seperti biasa..apepun hadapi ujian dengan sabar.
dulu-dulu ada dah fenomena ni, tapi lately macam makin panjang lak tempohnya
Harap2 sik kenak lah.. Tapi masa tok cuaca nang panas glak rasa..
Sama2lah kita doa moga Allah jauhkan kita dari apa jua bencana...
yeyee.. ingat2 geografi dlu.. ~ hopefully kita xterkena bncana sebegini.. wallahualam
Semoga tak jadilah.. mohon dijauhkan... aamiin..
sblm nih pun dh truk sampai ada tmpt kena catuan air..klu negara kita kena bencana nih, makin teruk keadaannya nnti.. moga negara kita dijauhi bencana ini..amin..
moga kita semua terlindung dari bencana el nino..
tak sanggup hidup tanpa air..
simpan air bergelen-gelen lah lepas nih..>_<
Anda boleh mendapatkanfakta-fakta ilmiah mengenai El Nino di sini
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/05/apa-itu-fenomena-el-nino-dan-kesannya.html
Ready alami masalah El nino...
Sentiasa bykkn minum air putih cuaca panas sgt sekarang ni
klau kemarau leh pancing udang galah..