Selepas rancangan Fear Factor Malaysia musim 2
bagi episod akhir disiarkan, ramai tampil menyatakan ketidakpuasan hati
terhadap adegan memakan bangkai kambing. Di laman sosial, facebook, twitter,
instagram dan blog, penuh dengan luahan pendapat rakyat Malaysia berkenaan
adegan itu.
Malah aku sendiri juga geli melihat aksi memakan
bangkai kambing dalam cabaran peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2 iaitu parit
bangkai kambing. Dengan lendir dan bau busuk bangkai kambing, kembang tekak
aku dibuatnya. Memakan bangkai kambing, bukanlah faktor ketakutan bagi finalis Fear
Factor Malaysia 2 yang terdiri dari Erin Malek, Redha, Shuib, Zakaria, Nas T
dan Khairul. Kesemua mereka telah melaksanakan misi parit bangkai kambing. Malah
Redha, Shuib dan Khairul telah menghabiskan jus bangkai kambing dengan jayanya.
Tahniah diucapkan buat kejayaan Erin Malek dan Redha yang telah terpilih sebagai
juara bagi Fear Factor Malaysia 2014.
Cabaran makan bangkai kambing peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2
Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia
termasuk aku. Bukankah bangkai itu haram dimakan? Tetapi mengapa menu bangkai
kambing dimasukkan dalam cabaran peringkat akhir Fear Factor Malaysia musim 2? Adakah
pihak pengurusan Fear Factor Malaysia tidak mengkaji bab halal dan haram
peserta Islam yang mengikuti program ini? Haaa…jom kita baca jawapan dari
pemenang Fear Factor Malaysia. Erin Malek sila jawab…
Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?
Saya ingin
jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing
biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh
masak. Mereka (pihak pengurusan)
mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk
dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham. - Erin Malek
Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan
bangkai?
Tahu, memang saya
tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang
bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya
tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha
banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan
memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak
berbau itu. - Erin Malek
Sumber: Utusan
Haa…macam tu la jawapan Erin Malek. Ini bermakna
ianya bukan bangkai kambing. Cuma dihias, di deco, agar kelihatan seperti
bangkai kambing. Sebab itulah ia diberi cabaran fear factor. Mengharungi cabaran
tanpa ada rasa ketakutan! RM200,000 tu..semua orang nak. Tahniah sekali lagi
buat Erin Malek dan Redha pemenang Fear Factor Malaysia musim 2. Pasangan kecil
tetapi hebat!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
25 comments
itu la sapala yg sangup mkn bangkai kan..apa2 pun tahniah buat mereka
akhirnya terbongkar juga :D
macam tu pulak kan...eii..memang taklah nak makan bangkai
fuyooo..
tpi fear factor yg musim ke-2 ni x elok sgt sbb ada banyak misi2 makan benda yg menggelikan. benda2 cmni semua boleh merosakkan badan ==
makanan basi pun saya tak sanggup nak makan ni kan lagi makanan yang dah serupa itu bluewwk
kan. bila dpt jwapan sebegini.maka terjawab la sudah.
tahniah buat mereka..
Mmg sibuk org cakap hmmm... mcm2 kan.. :D
2 laa mcm2 spekulasi ada..tp tuh laa klu rupa mknan ntah apa2 nih, rs kembang tekak jgk nak telan..
Klu bkn bangkai pun mcm xlalu je nk mkn..haha
tahniah menang...tapi kalau akak..pikir 2 kali gak
heheh..
disebut bangkai sbb naik main psikologi dgn peserta..
kalau sebut daging rebus xdek ler cabaran.
lorhh ish ish =.=
pandey fear factor tok
di deco siap2 haha..
pereyy
assalamualaikum yumida....tahniah buat pasangan erin n redza kerana berjaya...;)
Ada dgr isu tok..
Laaa ... Camtu plak ... Tapi, eeee, mmg x lah klu bg kat saya ...
Assalamualaikum kak . kita tak dapt tengok part part yang ada makan makanan cemtu .. sebab kena tukar siaran . . tak tahan dek tekak :3
dahsyat juga
Actually isu ni dah mendapat pengesahan JAKIM kataya..kita pasti ianya memang dibuat sebegitu rupa untuk psycho dia orang...
larr, camtu plak ea?? btw, tahniah lar dorang dah menang.. hehe ..
## datang tengok video oral B ## *thumbs up.. meh tngokk leen pnya lak .. keh3
Oh macam tu ke? baru lah tahu,... huhu
ish.....
mungkin decoration nya kot, tapi kalau jepun lagi extreme,, eat**** , main2 dengan sh**.. euwww. hahahaha
Xlalu nengoknya.. Geli.. Tp krana cbaran dorang ikut je..