Pentingkan diri sendiri? Ketahui 5 cara mengatasi masalah pentingkan diri

Adakah anda tergolong orang yang pentingkan diri? Atau pun rakan di sekeliling anda bersikap mementingkan diri? Apa reaksi anda?

Apa itu pentingkan diri?

Pentingkan diri dan menganggap diri kita sebagai perhatian, akan melukakan hati orang lain. Perasaan ini sebenarnya berpunca kerana kita inginkan perhatian dari orang sekeliling. Juga timbul kerana sikap kita yang memang tidak menghargai orang lain.

Kesan mementingkan diri

Bersikap terlampau mementingkan diri akan mengundang akibat buruk. Orang yang rapat dengan kita, perlahan-lahan menjauhi kita. Mengelak dari bertembung dengan kita. Lama-kelamaan kita akan kehilangan rakan. Tempat untuk kita bergurau senda, tempat untuk berkongsi masalah. Harus diingat, tidak semua orang boleh menerima kita sepenuhnya. So, sentiasalah mengkaji diri kita adakah kita tergolong dalam kategori orang yang mementingkan diri.

Pentingkan diri sendiri? Ketahui 5 cara mengatasi masalah pentingkan diri, makna pentingkan diri, maksud selfish, kesan mementingkan diri, tip menjauhi sikap pentingkan diri, sebab sikap pentingkan diri tidak disukai, sahabat yang baik
Sahabat sentiasa diperlukan. Jauhi sikap mementingkan diri. Agar kita sentiasa didampingi sahabat sejati.

5 cara mengatasi masalah pentingkan diri


1. Letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka
Sikap yang pentingkan diri kadangkala menyebabkan orang lain tersinggung. So, cara untuk mengatasi masalah pentingkan diri, cuba letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka. Baru kita mengetahui respon buruk dari kita terhadap mereka. Contohnya apabila sebelum ini kita sering meninggalkan semua orang di sekeliling dengan satu keputusan yang kita buat sendiri tanpa bertanya bagaimana perasaan mereka. Tempat makan, restoran pilihan, destinasi percutian atau apa saja, semuanya hanya kamu saja yang membuat keputusan.

2. Meletakkan kehendak orang lain lebih utama dari kehendak kita
Selama ini hanya kita sahaja yang meminta dibelanja macam-macam. Kali ini tanya pula apa mereka mahu. Jika dia asyik mengikut telunjuk kita, cuba pula ikut apa yang dia mahukan. Percayalah, persahabatan dan hubungan kita dengan kawan-kawan atau sesiapa saja akan menjadi lebih sihat dan dihormati kerana kita tidak jenis hanya meletak fokus pada diri kita sebaliknya menjadikan semua orang penting dan mempunyai peranan untuk membuat keputusan.

3. Buang sikap suka mengambil kesempatan, latih diri untuk sentiasa berkongsi
Berhenti ambil kesempatan kerana individu yang mementingkan diri biasanya kerap menggunakan perkhidmatan atau jasa baik orang lain untuk kegunaan peribadi. Contohnya, kita selalu meminta kawan belanja, selalu mengharapkan bantuan orang lain tapi apabila mereka memerlukan bantuan, kita tidak hirau dan berlagak seperti tiada apa berlaku. Ini adalah sifat dan sikap kebiasaan mereka yang mementingkan diri sendiri. Kalau mereka susah, bukan main kata-kata dan pujukannya, tapi kalau orang lain baru sekali meminta bantuan atau memberi 'hint' untuk meminta bantuan, macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak.

4. Jadi pendengar yang baik
Orang yang pentingkan diri biasanya memiliki kemahiran mendengar yang kurang. Cuba dengar apa kata atau luahan orang lain kepada kita. Jadilah pendengar yang baik. Individu yang pentingkan diri sendiri selalunya hanya ingin orang sekeliling saja mendengar ceritanya. Kalau bersembang bersama atau duduk melepak, hanya dia saja yang tidak henti bercerita mengenai pengalamannya, kisah sedih dan gembiranya dan macam-macam lagi. Tapi bila orang lain punya cerita, langsung tidak diendahkan.

5. Ikut keputusan rakan-rakan
Terakhir sekali, apa kata kita cuba untuk membiarkan mereka pula putuskan sesuatu keputusan. Sebelum ini mungkin kita yang selalu membuat keputusan untuk pergi ke mana mana atau membuat pelan bagi aktiviti hujung minggu. Apa kata kali ini biarkan mereka pula yang bagi cadangan. Mungkin kita dapat melakukan aktiviti baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Sumber: Hmetro & foto 1 2

Pentingkan diri sendiri? Ketahui 5 cara mengatasi masalah pentingkan diri, makna pentingkan diri, maksud selfish, kesan mementingkan diri, tip menjauhi sikap pentingkan diri, sebab sikap pentingkan diri tidak disukai, membantu
Nampak point ke-3 tu? Jangan pentingkan diri sendiri. Rajin-rajinlah membantu. Agar kita menjadi makhlukNya yang dikasihi.

Ikuti 5 cara di atas untuk mengatasi masalah mementingkan dalam diri kita. Jika tiada perubahan sikap, lama-kelamaan kita bakal kehilangan rakan-rakan. Mahukah kita menjadi orang yang sunyi tanpa rakan-rakan? Dek kerana kita yang begitu keras hati dengan sikap pentingkan diri yang langsung tidak memberi faedah! So, selamat berusaha menjadi teman dikasihi, say goodbye pada sikap pentingkan diri.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

19 comments

insyallah ..pentingkan diri sendiri tak akan kemana juga tu kan

terima kasih... satu perkongsian yang menarik...

sikap pentingkan diri byk keburukan dari kebaikannya..semoga kita dijauhi dari sifat mementingkan diri nih.. amin..

insyallah.. semoga kita di hindarkn dr sikap2 mcm ni dan tips2 yang di kongsi jom kita amalkn bsama2.. =) terima kasih tauu share ngan kitaorg.. =D

ini satu entry yang sangat bermanfaat..

aduh memang terasa dlm lubuk hati ini..huhu.. :) Insyaallah..sy cuba buang sifat itu ^_^

In shaa Allah... mudah2an kita semua tidak tergolong dikalangan org2 yg penting diri ni... mmg tak baik lah...

Nice sharing ;)

Semoga ena dijauhi dari sifat sebegini dan semoga ena dpt jadi kawan yang terbaik untuk kawan kawan ena. Terima kasih kerana mengingati ena.

Nauzubillah, mintak dijauhkan dari sifat2 keji ... Tapi ada jgk org ckp penting kan diri perlu dalam situasi tertentu, klu tak kena buli plak ...

in sha ALLAH .. nice sharing, mekasih ye .. :)

pentingkan diri sendiri nih buat orang tak nak dekat dengan kita..jauh dari kawan..tak best kan..

husna singgah dari blog kak mia..:)
bayar hutang blogwalking..

Berkawan hanya kerana kepentingan diri, bila tak diperlukan mereka jauhkan diri.

Berkawan hanya kerana kepentingan diri, bila tak diperlukan mereka jauhkan diri.