Christina Suzanne menangis mengenangkan pekerjaan lama

Christina Suzanne menangis mengenangkan pekerjaan lama, christina suzanne pelakon wanita terbaik filem

KENANGAN lama yang menerjah masuk di kotak fikiran, mengalirkan isyarat pada hati dan seterusnya menyebabkan air mata pelakon jelita Christina Suzanne tumpah tatkala ditemu bual media usai menggenggam trofi kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (menerusi filem KIL) pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) minggu lalu.

Christina Suzanne menangis mengenangkan pekerjaan lama, christina suzanne pelakon wanita terbaik filem, filem kil

Bukan satu kemenangan kecil tetapi Christina berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Nora Danish (Mencari Cinta), Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku), Lisa Surihani (SAM) dan Jojo Goh (29 Februari) untuk dinobatkan sebagai terbaik pada majlis yang bersiaran secara langsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor itu.

Hakikatnya, pelakon berusia 27 tahun itu juga tidak menyangkakan kemenangan tersebut. Dia juga tidak pernah meletakkan dirinya sebagai artis kerana beranggapan lakonan adalah satu cabang pekerjaan untuk dirinya memperoleh pendapatan.

Christina Suzanne menangis mengenangkan pekerjaan lama, christina suzanne pelakon wanita terbaik filem

"Saya menangis sebab teringat pekerjaan lama saya. Saya pernah bekerja di pusat komputer (cyber cafe), menjadi pelayan dan juga pramugari. Mungkin ramai yang fikir jadi pramugari satu pekerjaan yang glamor seperti berlakon tetapi sebenarnya tidak. Saya kena buat macam-macam termasuk mencuci tandas kapal terbang," ujarnya sambil mengesat air mata yang tumpah.

Christina yang bakal berkahwin pada 22 Januari 2014 itu juga mengakui terkejut mendapat perhatian luar biasa selepas namanya diumumkan sebagai pemenang. Sedangkan, selama ini dia tidak pernah meraih perhatian sebegitu, malah tidak pernah berasakan diri sebagai selebriti.
"Tiba-tiba orang beri perhatian pada saya. Sebelum ini tidak ada siapa yang peduli tentang saya," jelasnya yang mula dikenali menerusi program realiti terbitan Datuk Rosyam Nor iaitu Pilih Kasih musim kedua.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

26 comments

ooo....yang menang tuari kan....tak pernah tengok dia berlakon.

Heroin drama Bicara Hati kat Astro..

Yala kita perlu humble. Iboh nak gamboh gilak, bena sik :) Cantik dress nya doe.

kata orang, barang lama jgn dikenang..apa pun tahniah..

tahniah...ikut resam padi...semakin berisi semakin menunduk..hehe..:)

Pernah dengar nama tapi tak pernah pulak menonton lakonannya.

dulu2 lakonan dier a bit kaku skang oklah !done nufnnang yer !

kenapa sa tak keanl dgn artis ne...hoho

dia ni comel, suke tgk dia berlakon :)

Assalammualaikum..yumida,

mselim3 x kenal lah artis nie..

mselim3

kehidupan kite xsemestinya akan berada dibawah atau diatas shj..sometime akan berubah2 ;) bersyukur

artis kacukan ke...tak pernah tengok dia berlakon......

first sha kenal dia dekat cerita bicara hati...memang minat dia...hihihi

Kebetulan, ketiga-tiga kerja yang dia buat tu dulu saya pernah buat. Part pramugari tu saya tak pernah la, tapi part kerja cuci tandas tu saya dulu pernah buat. Hehehe

mesti dia rasa terharu sangat..

Sya pun x pnh tgk dia berlakon ni..adui..hee..

Yumida,klu sudi,join ga saya ya..tima kasih :)

cantik dia ni.. errr.. jadi pramugari kena cuci toilet? huhu.. baru tau..

dia ni jenis santai je...sempoi je kan.. haha..suka ngan dia.. :D

siapa sangka..rezeki dia kan.. :)

suka tgk suzanne..sblm berlakon dlm kil lg. cantikkan :)

singgah klik churp2

Syabah.. semoga terus berjaya.. :)

tuah manusia tiada siapa yg npk.. mmg cantik dia nie..