Telefilem Mama Zoomba (Astro)

Sinopsis Mama Zoomba (Astro) Mama Zoomba mengisahkan Linda (Liyana Jasmay) seorang ibu muda yang gigih menjalankan perniagaan online tudungnya. Suaminya bernama Zack (Fizz Fairuz) seorang ejen hartanah. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia hampir 2 tahun bernama Sofea.

Sinopsis telefilem Mama Zoomba siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Mama Zoomba, mama zumba
Jom tonton telefilem Mama Zoomba (Astro) hari Sabtu ni

Selepas melahirkan anak, badan Linda naik mendadak. Ditambah lagi dengan dirinya yang tak terurus akibat begitu sibuk dengan bisnes onlinenya. Suaminya sering mengkritik pemakaian dan perut buncit Linda, katanya seperti badan makcik-makcik. Disamanya dengan badan Mak Som (Kam Hj. Abd Manap) makcik Linda yang gemuk gedempol.

Sungguhpun sering dikritik, Linda tidak berkecil hati. Namun dia nekad untuk menguruskan badan. Linda dan sahabat karibnya Nadiah (Nadiah M.Din) mencari gym untuk menguruskan badan. Linda ingin membuktikan kepada suaminya yang dia boleh ramping kembali seperti zaman dara dahulu.

Ketika berjalan di kompleks membeli-belah, mereka terserempak notis pembukaan kelas zoomba. Linda dan Nadiah teruja untuk menyertai kelas tersebut. Maka bermulalah aktiviti menguruskan badan dengan menari tarian zoomba. Di situ, mereka berkenalan dengan  Farid (Tam Suhaimi) lelaki bertubuh kecil namun baik hati.

Insiden sering terlanggar kaki Betty (Kilafairy) semasa tarian zoomba menyebabkan Betty sakit hati. Dia sering memandang rendah pada peserta baru seperti Linda dan Nadiah. Sikap Betty yang angkuh dan sombong itu tidak disukai oleh mereka berdua. Namun siapa sangka orang yang tak disukainya itu bakal menggegar rumah tangganya bersama Zack!

Zack dan Sofea menunggu Linda habis dari kelas zoomba. Dia menunggu di ruangan meja rehat. Dari jauh Betty seakan mengenali pemuda itu. Dia menghampiri, lantas menjerit nama Zack dengan penuh teruja. Zack juga terkejut melihat kehadiran Betty.

Mereka berbual seketika. Rupa-rupanya Zack dan Betty pernah menjadi pasangan kekasih suatu ketika dahulu. Zack terpesona melihat kecantikan dan body Betty yang ramping. Manakala Betty pula mengagumi bekas kekasihnya itu dengan mengatakan Zack masih hensem macam dulu-dulu! Dari perbualan biasa sampai ke tahap puji memuji, mereka akhirnya saling bertukar nombor telefon. Bermulalah kisah cinta sulit antara mereka.

Perhatian suaminya semakin berkurangan, Linda yang perasan perubahan suaminya mencari punca. Selepas di selidik, sah suaminya ada hubungan dengan Betty. Linda yang kecewa atas kecurangan suaminya menghamburkan rasa terpendam dalam dirinya. Zack hanya duduk terpaku, seakan mengakui kesalahannya. Namun, segalanya tidak berakhir di situ.

Betty sengaja menaikkan darah Linda. Dia pergi ke rumah Linda dan menyatakan dia sanggup menjadi isteri kedua Zack. Menjadi madunya. Linda berasa sakit hati, baginya Betty semacam orang hilang akal. Kebetulan Zack balik ketika itu. Betty berlakon seolah-olah kelihatan Linda menolaknya hingga menyebabkan dia terjatuh. Zack memarahi Linda. Kecewa dengan tindakan suaminya, Linda pergi meninggalkan rumah dan balik ke rumah ibu bapanya.

Linda meluahkan segala permasalahan di hadapan Ayah (Syed Aziz Syed Alwi) dan ibunya, Mak (Khaty Azian). 2 hari berada di rumah orang tuanya, Zack tidak ada tanda-tanda ingin memujuknya. Mak Linda menasihati agar menjadi isteri yang bertanggungjawab dan menceritakan kisah zaman dulunya yang juga pernah sama seperti dialami oleh Linda.

Maknya memberitahu dia akan mempertahankan hak dia sebagai isteri dan merampas balik suaminya dari perempuan penggoda itu. Kata-kata itu memberikannya semangat!

Linda berdepan dengan Betty dan memberi amaran agar jangan mendekati suaminya lagi. Namun, Betty tak peduli. Betty mengatakan jika Linda menang dalam pertandingan tarian zoomba, dia tidak akan mengganggu suaminya lagi. Linda bersetuju. Maka bermulalah latihan demi latihan semata-mata ingin memenangi suaminya balik.

Hari yang ditunggu sudah tiba, Linda berentap tarian Zoomba dengan Betty. Ketika asyik menari, dari Jauh Linda ternampak kad manila yang ditulis besar-besar untuknya. Permohonan maaf dari suaminya. Zack menulis ingin mereka bersatu kembali. Linda terharu. Betty pula merasa geram dan malu. Linda dan Zack kembali terjalin.

Farid bercadang membuka kelas tarian zoomba. Linda dan Nadiah begitu teruja dan mengatakan mereka akan menjadi ahli tetap kelas Farid kelak. Farid gembira, menjadikan dirinya seorang yang berkeyakinan tinggi. Tonton lakonan Kilafairy, Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz  menerusi telefilem  Mama Zoomba di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Mama Zoomba
Betty - Kilafairy
Linda - Liyana Jasmay
Zack - Fizz Fairuz
Nadiah - Nadiah M.Din
 Farid - Tam Suhaimi
 Ayah – Syed Aziz Syed Alwi
Mak - Khaty Azian
Mak Som – Kam Hj. Abd Manap

Gambar Telefilem Mama Zoomba 
Sinopsis telefilem Mama Zoomba siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Mama Zoomba, mama zumba
Tengok Mama Zumba a.k.a Mama Zoomba kuruskan badan

Saksikan telefilem Mama Zoomba
Tarikh disiarkan Mama Zoomba disiarkan: 5 Disember 2015
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123


EmoticonEmoticon