Dhia Sofea Episod Akhir

Sinopsis Dhia Sofea Episod Akhir (Episod ke 15) Drama TV3 Slot Samarinda | Tina (Sasqia Dahuri) mendesak agar Dolly (Sharifah Haslinda) membantunya dalam mendapatkan kembali perhatian JJ (Fadlan Hazim). Ini kerana sudah beberapa minggu JJ mendiamkan diri tanpa menghubunginya. Hati Tina dilanda resah.

Sinopsis Dhia Sofea episod akhir (episod ke 15) drama TV3 Slot Samarinda, Dhia Sofea episod akhir, sinopsis episod terakhir Dhia Sofea, gambar, pelakon, drama Dhia Sofea tamat, last episode, ending Dhia Sofea TV3, episod kemuncak, komen drama Dhia Sofea, biodata pelakon drama Dhia Sofea
Tamat dah drama Dhia Sofea episod 15 - episod akhir

Dolly menasihatkan Tina agar melupakan JJ dan hanya menumpukan pada kerjayanya sebagai modelling sekarang. Tina enggan. Baginya, JJ adalah segala-galanya. Dia tidak dapat hidup tanpa JJ. Rimas dengan situasi itu, Dolly meninggalkan Tina seorang diri.

Dhia Sofea (Amyra Rosli) berbincang dengan JJ mencari jalan penyelesaian siapakah ibu kandungnya. Dhia dan JJ ketika itu ada di rumah Cik Non (Raja Ema). Kebetulan, Din (Syafiq Kyle) menelefon Dhia. JJ menyambut telefon, Din agak terkejut kerana waktu itu adalah tengah malam. Fikirannya terganggu memikirkan mengapa JJ dan Dhia berada di tempat yang sama. Tanpa banyak bicara, Din terus meletakkan telefon.

Ketika ingin melintas jalan, sebuah kereta cuba melanggar Dhia. JJ yang menyedari situasi itu berusaha menyelamatkan Dhia, lantas dirinya yang menjadi mangsa kemalangan. Dhia yang panik menjerit meminta tolong orang ramai. Rupa-rupanya orang yang melanggarnya adalah Tina!

Tina kelam kabut melihat JJ yang menjadi mangsa langgarnya. Tina menyalahkan Dhia dan memaki hamun Dhia yang kemudiannya terus melarikan diri. Mujur, keadaan JJ tidak teruk. Dia hanya cedera ringan.

Dolly mengimbas kembali kenangan silam ketika dia belajar di luar negara. Ketika itu dia sedang hamil. Dia balik ke Malaysia semata-mata ingin menggugurkan anak. Namun, rencananya tidak menjadi. Anaknya masih hidup dan keadaan itu memaksa dirinya melahirkan anak.  Tidak mahukan anak itu, Dolly memberikan anak itu pada wanita tua di kampung.

Tidak dia menyangka anak yang diserahkannya kepada orang lain kini sudah besar dan datang kembali padanya. Baginya, perkara itu amat menyusahkannya! Dari dalam perut lagi dia ingin anak itu mati! Kerana baginya, bila anak itu hidup pasti akan memberi masalah pada dirinya. Perkara itu diakui di hadapan Dhia sendiri.

Dhia menyatakan dia tidak pernah meminta perhatian atau kasih sayang dari ibu kandungnya. Kerana baginya, orang yang telah menjaganya selama ini iaitu Mak Yam (Norlia Ghani) adalah segala-galanya baginya. Dia tidak perlukan kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui dirinya sebagai anak.

Lorena (Maria Farida) memberitahu Dolly bahawa dia sudah menceritakan semuanya kepada Dhia. Termasuklah harta dan wasiat ayah Dolly. Dolly berang kerana Mahadi (Dato Eizlan Yusof) bersengkokol dengan Lorena. Dolly mengatakan Dhia tidak berhak ke atas harta itu kerana stastus Dhia adalah anak luar nikah.

Mahadi mempertahankan hal sebenar bahawasanya dia dan Dolly sudah berkahwin ketika mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Namun, bila Dolly menipu mengatakan anak itu bukan darah dagingnya Mahadi berang lantas menceraikan Dolly. Ini bermakna status Dhia adalah anak sah antara dirinya dan Dolly.

Pengakuan itu dirakam oleh peguam Dolly. Dan ini bermakna Dhia Sofea adalah pewaris harta kekayaan keluarga Dolly. Dolly tidak dapat menerima kenyataan.

Di kampung, Mak Yam gembira melihat Dhia telah balik ke rumah. Rindu benar dia pada anak angkatnya itu. JJ yang melihat kehadiran Din berterus terang tentang kejadian malam itu. Dia tidak mahu Din salah faham. Hubungan Din dan Dhia kembali erat.

Dhia memberitahu hasratnya pada Mak Yam bahawa dirinya ingin membuka rumah anak yatim di kampung itu dengan berbekalkan wang dan harta pembahagian keluarga Dolly. Mak Yam tersenyum riang melihat ketulusan hati Dhia. Tamat.

Pelakon Drama Samarinda Dhia Sofea TV3
Amyra Rosli sebagai Dhia Sofea
Fadlan Hazim sebagai JJ
Syafiq Kyle sebagai Din
Maria Farida sebagai Lorena
Sharifah Haslinda sebagai Dolly
Sasqia Dahuri sebagai Tina
Raja Ema sebagai Cik Non
Dato Eizlan Yusof sebagai Mahadi
Faye Kusairi sebagai Dolly
Puteri Octovia sebagai Lorena
Norlia Ghani sebagai Mak Yam

Gambar Drama Dhia Sofea Episod Akhir
Sinopsis Dhia Sofea episod akhir (episod ke 15) drama TV3 Slot Samarinda, Dhia Sofea episod akhir, sinopsis episod terakhir Dhia Sofea, gambar, pelakon, drama Dhia Sofea tamat, last episode, ending Dhia Sofea TV3, episod kemuncak, komen drama Dhia Sofea, biodata pelakon drama Dhia Sofea

Komen Selepas Menonton Drama Dhia Sofea
Tamat dah drama Dhia Sofea, tak sangka ada ibu kandung sekejam itu. Hanya mahukan harta kekayaan sampai anak pun dia tak nak mengaku. 

Tonton drama Dhia Sofea Slot Samarinda
Tarikh episod akhir Dhia Sofea disiarkan: 3 Disember 2015
Dhia Sofea episod akhir – episod 15
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

4 comments

boleh tak tunjukkan kat YouTube opening&closing drama Dhia Sofea sahaja?

maksud saya closing dan opening je tok drama nie?


EmoticonEmoticon