Sinopsis
Sinetron Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Kutunggu Kau Di Pasar Minggu mengisahkan hubungan istimewa antara Niki
(Nikita Willy) dan Gio Gardian (Gio Abraham) yang terpaksa dirahsiakan. Niki,
seorang gadis yang baik dan rajin membantu ayahnya menguruskan perniagaan
menjual buah-buahan. Warung Buah Seger Bener merupakan warung milik keluarga
Niki. Baba (H. Jaja Miharja), adalah ayah Niki, bekerja keras mengembangkan
warung buahnya hingga berjaya menyewa di tapak Pasar Minggu.
Niki tinggal bersama ayah, ibunya Umi
(Cut Mini), dan Nona (Winona Willy). Dalam keluarga, Niki sering dipuji dek sikapnya
yang ringan tulang membantu ibu dan ayahnya. Sikap Niki dan adiknya Nona begitu
berbeza! Nona mempunyai minat yang mendalam terhadap artis. Dia begitu meminati
penyanyi popular iaitu Gio Gardian. Melihat kelincahan Nona menari-nari di
depan televisyen, Niki hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Mendengar khabar penyanyi Gio Gardian
bakal membuat persembahan di Pasar Minggu Square, Nona meminta izin dari
ayahnya untuk tidak hadir ke sekolah. Namun hajat Nona ditentang keras oleh
ayahnya.
Melihat Nona dalam keadaan kesedihan,
Niki membuat perjanjian dengan Nona untuk mengambil gambar ketika Gio Gardian
membuat persembahan. Siapa sangka, pertemuan itu membuahkan bibit-bibit cinta
antara Niki dan Gio Gardian. Niki telah berjaya menangkap penculik yang ingin
menangkap Gio Gardian. Melihat kebaikan hati Niki, ia membuatkan Gio Gardian
jatuh hati terhadapnya.
Semenjak kejadian itu, Gio Gardian
sering teringat akan Niki. Mas Jaka (Yadi Timo), pengurus Gio sering
mengingatkan Gio untuk menjaga imejnya sebagai artis terkenal dan melupakan
Niki. Perasaan Gio Gardian terhadap Niki
terlalu kuat, Gio memutuskan untuk menemui Niki yang ketika itu sedang berniaga
di warung buahnya.
Gio Gardian sanggup menyamar menjadi
pekerja Bang Madun semata-mata ingin mengenali Niki dan keluarganya dengan
lebih dekat. Umi dan ayah Niki menerima Gio Gardian dengan hati terbuka. Bagi
mereka, Gio Gardian merupakan pekerja yang rajin kepada Bang Madun.
Pada awalnya, Nona rasa curiga kerana
wajah Gio Gardian mirip dengan penyanyi kesukaannya. Di rumah Niki, hati Gio
tersentuh melihat kesungguhan umi dan ayah Niki mengasuh anak mereka. Di situ,
Gio mendapat kasih sayang sebenar dari insan bergelar ibu dan ayah. Tidak
sepertinya, walaupun lahir dalam keluarga yang berada namun dia kurang mendapat
perhatian dari keluarganya. Ayah Gio (Anjasmara) merupakan usahawan berjaya dan
ibunya pula (Moudy Wilhelmina) gemar bersosial.
Niki dan Gio Gardian saling mencintai.
Kerana khuatir ayahnya menolak lelaki dicintainya, Niki memutuskan untuk
merahsiakan hubungan mereka. Hanya sahabat karib Gio yang mengetahui hubungan
mereka iaitu Rocky (Atiq Rahman) dan Dennis (Ade Surya Akbar).
Mas Jaka akhirnya berjaya membongkar
kisah cinta mereka. Sebagai pengurus Gio, dia berusaha memisahakan mereka
berdua. Baginya Niki tidak setaraf dan tidak layak bercinta dengan Gio!
Selepas rahsia mereka pecah, umi dan
ayah Niki berasa marah kerana Niki sanggup membohongi mereka. Adakah Niki dan
Gio dapat bersatu kembali? Selepas begitu banyak pertentangan di antara mereka?
Saksikan segalanya menerusi sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu.
Pelakon
Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu
Niki - Nikita Willy
Gio Gardian - Gio Abraham
Baba - H. Jaja Miharja
Umi - Cut Mini
Nona - Winona Willy
Mas Jaka - Yadi Timo
Ayah Gio - Anjasmara)
Ibu Gio - Moudy Wilhelmina)
Rocky - Atiq Rahman
Dennis - Ade Surya Akbar
Original
Sound Track OST Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu
OST Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Lagu: Lebih Dari Indah
Penyanyi: Nikita Willy
Lagu tema Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Lagu: Dance To Night
Penyanyi: Giorgino Abraham
Lagu latar Kutunggu Kau Di Pasar
Minggu
Lagu: Mencintaimu
Penyanyi: Giorgino Abraham
Gambar
Sinetron Kutunggu Kau di Pasar Minggu
Saksikan Sinetron Kutunggu Kau Di Pasar Minggu
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 13.30 tengah hari
Saluran: TV9
1 comments so far
nice sharing
EmoticonEmoticon