Siapa sini pernah jadi pelajar asrama?
Aku start dari tingkatan satu hingga form 6 sekolah asrama je. Adik aku
tingkatan 3 dah jadi pelajar harian. Apa beza budak harian dan budak asrama.
Bagi aku budak asrama ada baik sikit…kikiki.. Yela sebab banyak peraturan kena
dipatuhi. Ala-ala berdisiplin gitu.
Sungguhpun begitu, ada la jugak part
nakal-nakal tu. Pernah…aku escape study malam. Curi-curi balik asrama lebih
awal. Orang balik jam 9.30 malam. Kami balik jam 8.30 malam. Makin hujung tahun
tu la, saat paling best. Sebab time tu warden tak strict sangat. Kadang-kadang
je jenguk kelas. Kami apa lagi, berjimba curi-curi balik asrama awal.
Cenggini la duduk kat asrama. Katil bertingkat-tingkat |
Bagi aku, antara hari Isnin sampai
Ahad, hari Jumaat paling best! Paling menyeronokkan! Paling membahagiakan!
Sebab apa? Sebab Jumaat hari balik ke rumah, cuti hujung minggu. Biasanya budak
asarama ni stay 2-3 minggu kat asrama. So, bila balik tu, excited kemain.
Ditambah lagi dengan jadual waktu
belajar hari Jumaat singkat, balik lebih awal dari biasa. Subjek pun kamceng
je, semua subjek best-best hari Jumaat. Contoh takde Sejarah. Kikiki..aku paling
tak minat subjek Sejarah. Mengantuk!
Hari ni hari Jumaat, budak-budak masih
lagi bercuti untuk perayaan Chinese New Year. Yang dah akil baligh jangan lupa
solat Jumaat. Eh, masa sekolah rendah (darjah 3) aku and the geng pun solat
Jumaat kat masjid. Hihi..ye la budak-budak kan suka terikut-ikut. Alahai,
bestnya zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenangan lalu mengusik jiwa!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Rindu zaman duduk asrama dulu..Selalu curik tidur time prep..sipa tidur atas meja prep lagi..sekali warden datang..kena denda berdiri depan aspura..yang tu yang best..dapat usya buah hati..hahaha
Rindunya
memang best..saya dulu waktu sekolah duduk asrama tentera. warden dan penjaga asrama semua askar terlatih. sebabnya nak jaga kami ada daripada askar para dan komando. saya paling tak suka kalau komando jaga. sebabnya, bila malam, kami tak boleh bergerak bebas sebab mereka ada di mana-mana. tapi memang syok bilamana tertangkap. macam-macam hukuman yang kami terima. bila dikenang balik. indah je zaman tu..
tak pernah duduk asrama..hehe
haii..follow sini :)
saya pun duk hostel dari form 1 smpai form 5 hehe..hari jumaat paling best sebab tak sabar nak outing weekend hahahaha..lepas tu kalau dapat cuti balik kg lagi lah tak sabar nak tunggu jumaat kannnn >_<
seyes rindu sgt....time dak laki pegi solat jumaat kitorang lepak tak pun tido kat dorm....^^