Ujian
Menanti Zuriat, Belum Ada Rezeki Dapat Anak | Kenapa
masih belum dikurniakan zuriat? Persoalan yang sering meresahkan pasangan suami
isteri, sudah lama kahwin tetapi masih
tiada anak, tiada rezeki anak. Lagi
haru biru bila diasak pertanyaan oleh mereka yang bermulut laser. Sudah la dilema tiada zuriat, merasa sedih tiada zuriat, ataupun
mungkin rezeki dapat anak lambat,
diasak pula dengan soalan sensitif dan terselit sindiran. Bertabah la hati..
Rezeki
Allah itu luas, kalau bukan rezeki anak, mungkin rezeki lain menanti kita. Ada pasangan yang redha tiada anak. Bila google isu ni,
terpacul akan hikmah tiada zuriat dan
perasaan tiada anak. Sebak pula aku
baca. Buat mereka yang belum memiliki anak, bersabarlah. Sedikit suntikan
motivasi untuk anda.
Sebulan selepas akad nikah,
akan ada suara nakal bertanya. "Dah ada...?, Dah berisi..?". Serba
salah pengantin baru ingin menjawab. Inai di jari masih kemerahan. Ditanya
dengan soalan gurauan yang mungkin mengguris naluri wanita dan kelakian.
6 bulan berlalu,
nada cemas mula dirasakan.. yang kenal mula bertanya, rakan sekerja mula
menduga. "Belum ada..?, lambat jugak..?". Hati siapa tidak terasa,
dengan soalan penuh sindiran.
1 tahun berlalu,
zuriat yang ditunggu belum diberi rezeki yang Maha Pencipta. Hati si isteri
semakin terasa, hati suami makin tertanya.. "Bilalah Allah nak
bagi...". Tapi sayangnya suara sindiran mula mengambil alih. Gurauan
'lelaki' barangkali menyakitkan si suami. Kemampuan si isteri org lain yang
persoalkan.
Beberapa tahun berlalu,
penyejuk mata masih belum Allah kurniakan. Berbagai andaian bermain difikiran.
Suara syaitan mula membisikkan, memburukkan salah seorang. Ditambah pula dengan
sindiran pedas dan tidak beradab. Dituduh pula tidak mampu memberi zuriat.
Gambar Amirah Alya (usia 1 bulan lebih) |
5
Cara Menghadapi Dugaan Menanti Zuriat Sendiri
Jika ada yang pernah melalui
pengalaman ini, ada nasihat untuk anda;
1. Jangan merendahkan kemampuan
pasangan anda, tidak perlu menyalahkan antara satu dengan yang lain.
2. Jika perlukan nasihat perubatan,
jangan tinggalkan pasangan anda. Pergi berdua untuk sesi bersama Doktor anda.
Terimalah jika ada kekurangan pasangan anda.
3. Jika disindir dengan sindiran yang
menguji hati dan perasaan, jawablah dengan penuh adab. Walau hati menangis
disindir. Yakinlah, doa mudah didengar oleh Nya dalam keadaan air mata
mengalir. Berdoalah...
4. Lakukan kebaikan, buat baik dengan
sesiapa sahaja. Jangan khianat. Beri makan pada yang memerlukan. Berkawan
dengan orang baik-baik. Mereka akan mendoakan untuk zuriat kita. Percayalah.
5. Jangan putus dari mengharap dengan yang
Maha Memberi. Bersangka baik dengan Allah. Akan sampai masanya. Perkongsian
dari facebook TH
Filem via Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif
Gambar Amirah Alya (usia 5 bulan) |
Moga bermanfaat buat pembaca khasnya di kalangan pasangan yang telah lama menginginkan anak sendiri. Sabar menanti zuriat. Aku sendiri juga pernah diduga dalam menanti zuriat, selepas 6 tahun berumahtangga akhirnya Allah makbulkan doaku. Lahirlah puteri comel bernama Amirah Alya pada 29 Julai 2015 yang kini berusia 6 bulan. Doa, usaha dan ikhtiar untuk hamil, tawakal, mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua dalam mendapat zuriat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
comelnya dia..
sabar itu indah.. sy pernah merasa 2 tahun menanti.. Alhamdullilah... rezeki Allah
Pernah baca coretan ni di fb dulu...hmm mulut manusia suka bertanya, apa salahnya mendoakan mereka.
saya pun mengalami semua tu...lama2 dah malas fikir tapi terus berusaha & berdoa! lantak lah orang nak cakap apa.. Hanya percaya setiap perbuatan kita semasa hidup ni ada pembalasannya...
huhu tak tahu tak kahwn lagi. hihi. selaamt pagi tuan blog !
bila Allah tangguh apa yang kita hajati itu bermakna Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita..Allah nak kita perbetulkan apa yang perlu..bersedia sebaiknya..dan yang utama Allah sedang mentarbiah hati kita agar LEBIH usaha,doa dan tawakkal...doakan untuk PC juga ya..
Bila nak kahwin? Dah kahwin
Bila nak dapat anak?
Lumrah manusia macam tu.
Mujur tak tanya berapa ada dalam akaun bank???
Sabar yolah..
lumrahnya manusia sekeliling....
comelnya alya:)