Peraduan Cipta
Logo Harimau Malaysia & Menang Hadiah Wang Tunai RM10,000 | Anda berkebolehan melukis? Apa kata sertai
contest Harimau Malaysia, dapat duit weh! Ketahui apa syarat penyertaan dan
cara menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia beserta hadiah
pemenang menang contest Harimau Malaysia ni. Juga bila tarikh tutup
dan dapatkan borang penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia. Info
di bawah.
Syarat Penyertaan
Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
I. Penyertaan adalah percuma dan
terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
II. Peserta boleh menghantar seberapa
banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai
pemenang.
III. Semua ciptaan mestilah asli dan
tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
IV. Semua logo yang diterima oleh Urus
Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hakmilik
FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hakcipta hasil kerja diberikan
kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya
ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo
dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai
kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun
mencetaknya sebagai lambang FAM.
Gambar Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia |
Spesifikasi
Reka Bentuk Logo
I. Reka Bentuk mestilah baru dan asli
serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun
yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana
pihak.
II. FAM tidak akan bertanggungjawab
sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan
perlanggaran hakcipta. Dalam keadaan sedemikian, FAM akan berhak ataupun
berkuasa untuk membawa tindakan terhadap peserta yang menghantar penyertaan
yang melanggar hakcipta pihak yang lain.
III. Setiap penyertaan mesti dihantar
dengan menggunakan format EPS/PDF serta PNG (alpha background). Saiz logo
tersebut tidak melebihi 200 mm (tinggi) x 200 mm (lebar) bersamaan 567 pixel x
567 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 3 MB. Borang peraduan yang
dimuat turun mestilah diletakkan di bahagian bawah kanan karya rekaan logo.
IV. Pereka hendaklah memberi
keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta
warna yang digunakan.
V. Logo seharusnya menggambarkan
objektif, fungsi pasukan bolasepak kebangsaan.
VI. Reka cipta logo hendaklah
mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4)
warna.
VII. Reka bentuk hendaklah menarik,
jelas, mudah dan kemas.
Cara
Menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
Untuk menyertai peraduan ini, perserta
perlu untuk:
I. layari laman Facebook kami dan
tekan ‘like’ di:
• facebook.com/OfficialHarimauMalaysia
• facebook.com/FAMalaysiaOfficial
II. Muat turun borang peraduan di
laman www.harimaumalaysia.my
III. Mereka logo HARIMAU MALAYSIA
mengikut kreativiti masing-masing
dan setiap rekaan mesti mengambarkan
semangat tinggi pasukan
bolasepak kebangsaan.
IV. Hantar hasil karya dan borang
penyertaan ke urusetia peraduan ke alamat emel: harimaumalaysia@fam.org.my
V. Semua penyertaan akan dinilai dan
dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo
ketiga-tiga finalis ini akan dipaparkan kepada umum di laman facebook serta
laman web khas kami untuk proses pengundian oleh orang ramai. Pemenang akan dipilih
melalui undian yang paling tinggi.
Hebahan Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia |
Tarikh
Tutup Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
29 Februari 2016 jam 6 petang
Dapatkan
segera borang penyertaan Peraduan Cipta
Logo Harimau Malaysia
di
sini: http://www.harimaumalaysia.my/
(Baca lebih terperinci segala syarat dan terma pada borang penyertaan tersebut).
Hadiah
Pemenang Peraduan Cipta Logo Harimau
Malaysia
I. Pemenang akan menerima wang tunai
sebanyak RM 10,000.00 berserta sijil penyertaan.
II. Dua hadiah saguhati akan diberilan
kepada pemenang tempat kedua dan ketiga sebanyak RM 2,500.00 setiap seorang.
Hebat tak hadiahnya? Jadi rebutlah
peluang, gunakan bakat melukis anda sebaiknya! Kalau menang jangan lupa
story-story la nanti. All the best.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far