Sinopsis Drama Duda
Terlajak Laris TV3 | Duda
Terlajak Laris mengisahkan ketabahan seorang lelaki bergelar duda dalam menempuhi
cabaran hidup. Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah
ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru
menjangkau usia dua tahun?
Drama Duda Terlajak Laris TV3 |
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh
Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu
pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang
juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara
dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.
“Dan saya harap walau jauh mana pun
awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu
doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak?
Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa
kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau
kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah
ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau
begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun
berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun
Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau
mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk
Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila
hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak
kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat
apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya
mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak
yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau
sebaliknya?
Kata orang-orang tua, cakap tu biar
berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan
kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia
telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah! Saksikan
segalanya dalam drama Duda Terlajak
Laris di kaca tv anda.
Pelakon Drama Duda
Terlajak Laris TV3
-akan dikemaskini
Gambar Drama Duda
Terlajak Laris TV3
Drama Duda Terlajak Laris adaptasi dari novel karya Aifa Batrisya |
Tonton drama
Duda Terlajak Laris
Tarikh Duda
Terlajak Laris disiarkan: 2016 akan datang
Hari: Isnin
- Khamis
Jam: 7.00 –
8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
kahwin dengan duda umur 18 thun ? gulp . jodoh yedokk ? eh tu zara zya eh ?