Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Episod Akhir

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Episod Akhir (Episod ke 28) Drama TV3 Slot Akasia | Rupanya Shirah dan Nadia merupakan orang yang sama! Nadia menghadapi kekeliruan identiti ditambah dengan tekanan jiwa yang dihadapi. Seakan roh jahat Shirah menguasai dirinya!

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner episod akhir (episod ke 28) drama TV3, gambar, pelakon, akhir cerita drama Cinta Si Wedding Planner tamat, last episode, ending Cinta Si Wedding Planner, episod kemuncak, komen drama Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner tamat

Segalanya bermula di waktu mereka kecil. Nadia dan Shirah merupakan adik beradik kembar. Nadia seorang yang tenang dan anak yang baik, manakala Shirah seorang yang panas baran. Sungguhpun begitu dia menyayangi Nadia sepenuh hati dan akan melindungi Nadia walau apa cara sekalipun.

Ketika kecil, Shirah telah membunuh ayahnya. Emak Shirah iaitu Aishah (Aleeza Shahdan) mengaku dia yang membunuh suaminya lantas dipenjarakan. Ketika Aishah dipenjara, Shirah dan Nadia dihantar ke rumah anak yatim buat sementara waktu. Di situ bermulanya sikap ganas Shirah mulai muncul.

Ditambah lagi dengan wasiat ayahnya yang mengatakan dia 100% pewaris harta kekayaan keluarganya. Shirah seakan tidak memerlukan emaknya lagi. Yang dia mahu hanya hidup bersama Nadia.

Suatu hari, ketika Shirah ingin mengeluarkan bola dari bawah kereta. Aishah telah melanggarnya tanpa senagaja. Shirah meninggal dunia. Nadia yang tertekan tidak dapat menerima kenyataan. Disitulah bermulanya gangguan jiwa yang Nadia hadapi. Merasa seolah dirinyalah sebagai Shirah, adakalanya bertukar identiti menjadi Nadia.

Nadia yang tidak dapat melihat kebahagiaan bekas kekasihnya iaitu Fariz Adryn (Adi Putra) mula merancang ingin membunuh isteri kekasihnya iaitu Zara Batrisya (Mira Filzah) yang ketika itu sedang terlantar di hospital. Punca kemalangan Zara kerana dilanggar oleh Nadia. Kini Nadia benar-benar ingin membunuhnya.

Nadia menyamar menjadi pekerja tukang cuci di hospital lalu menarik mesin oksigen yang terpasang di mulut Zara. Mujur Fariz datang tepat masanya dan berjaya menyelamatkan Zara dari menjadi mangsa serangan Nadia.

Mengetahui Nadia sudah menjadi tidak waras, emaknya meminta banatuan seseorang agar segera menyelamatkannya dan membawa dia keluar dari rumah itu. Dialah yang memaklumkan Fariz agar berwaspada akan kedatangan Nadia yang ingin membunuh Zara.

Puas Nadia melaungkan nama emaknya namun ibunya tidak muncul. Ketika itu Nadia tersedar dirinya bukan Shirah tetapi Nadia. Memori lamanya menerjah kembali. Bahawa kembarnya sudah mati, orang yang disayanginya meninggalkan dia. Termasuk emaknya dan Fariz. Nadia yang tidak dapat menerima kenyataan cuba membunuh diri. Aisyah cuba menyelamatkan anaknya. Nadia dihantar ke rumah sakit mental untuk dirawat.

Kandungan Zara masih selamat walaupun cubaan Nadia membunuhnya. Dia akhirnya melahirkan bayi lelaki yang comel. Zara dan Fariz hidup bahagia selamanya. Perniagaannya juga berkembang maju. Dia dan pekerja melawat tapak baru untuk kedai barunya.

Abang Zara iaitu Bazli (Fadlan Hazim) jatuh cinta pada kawan sekampus Zara iaitu Nazeera Sardi. Zara tersenyum melihat perkenalan mereka. Fariz membawa anaknya ke tapak baru bisnes Zara. Zara terkejut dengan kehadiran suami dan anaknya, lalu segera mengucupi pipi anaknya. Kehadiran anak dalam hidupnya menambah bahagia dalam rumah tangganya. Tamat.  

Pelakon Drama Cinta Si Wedding Planner
Mira Filzah - Zara Batrisya
Adi Putra - Fariz Adryan
Shiqin Kamal - Shirah / Nadia
Fadlan Hazim – Bazli
Dian P. Ramlee – Puan Marina
Rosnah Johari – Mak Lang
Idris Md. Diah – Pak Lang
Aleza Shadan – Puan Aisyah
Nazeera Sardi

Gambar Drama Cinta Si Wedding Planner Episod Akhir 
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner episod akhir (episod ke 28) drama TV3, gambar, pelakon, akhir cerita drama Cinta Si Wedding Planner tamat, last episode, ending Cinta Si Wedding Planner, episod kemuncak, komen drama Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner episod kemuncak

Komen Selepas Menonton Drama Cinta Si Wedding Planner TV3
Tamat dah drama ni, psiko sungguh si Nadia tu, seram weh kalau jumpa orang macam tu. Dalam scene last episode drama ni ada cakap ayah si Nadia ni orang kaya. Hartanya sampai habis 7 keturunan pun tak habis. Hadoi, kelakar pulak aku dengar. Kaya sunggoh! Drama Melayu memang suka mengkaya-kayakan sesuatu watak. Kalau melibatkan projek mesti nak sebut juta-jutaan. Biar kedengaran gempak sikit. Tersenyum senget aku membacanya.

Ramai wanita single di luar sana mengidamkan mak mertua macam mak Fariz ni. Baik hati pada Zara. Walaupun ada wanita lain yang nak kahwin dengan anaknya, dia tetap mempertahankan Zara, menantunya yang sorang tu.

Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia episod akhir
Tarikh drama Cinta Si Wedding Planner tamat: 16 Februari 2016
Cinta Si Wedding Planner episod akhir – episod 28
Hari: Selasa
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

tak follow ceta ni..lah nadia ni bukan shira lah kan...blur kejap

Assalammualaikum.. yumida,

happy ending ... cerita nie kan..

mselim3

best tgk drama ni..wlupun shira/nadia jahat tp suka tgk watak dia.. psiko.haha

erm... dh abis yer... akak pun tak leh tgk... trend stesen tv semua nak cerita urban kaya-kaya... realiti sebenar x seperti rupa, sama dgn citer indon....