Wokeh, jangan ingat orang pompuan je
hebat kat dapur. Ni haa, mempersembahkan hasil air tangan hb aku dalam membuat
kek. Kek keju!
Komen aku untuk kek keju ni, serius
sangat sedap! Sebijik macam jual kat kedai kek tu. Yang slice kecik-kecik yang
dijual sekitar RM6 lebih. Manis sedang-sedang, kelunakan keju tu memang terasa.
Awesome la! Korang mesti cuba! Bahannya pun senang je! Simple!
Resepi
Kek Keju (Cheese Cake)
Bahan-bahan:
3 biji telur ayam gred B
500 gram krim cheese
½ sudu makan tepung jagung
100 gram gula halus
1 sudu the esen vanilla
Cara
membuat kek keju:
1. Pukul gula dan cheese sampai putih.
2. Pukul telur, satu per satu.
3. Masukkan tepung jagung dan esen
vanilla. Letak adunan kek ke dalam loyang.
4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah
celcius. Guna api atas bawah (both)
5. Bila oven dah panas, masukkan
loyang. Biarkan selama 20 minit.
6. Selepas tempoh tersebut, tukar suhu
oven kepada 100 darjah celcius selama 10 minit lagi. Guna api atas bawah juga
(both).
7. Lepas tempoh tu, boleh check dari
cermin oven, kalau kek tu dah mula tanggal dari sisi loyang, itu bermakna kek
anda dah masak. Siap! Mudah je kan.
Haaa..kan dah kata senang je! Kalau
korang free, try-try la membaking nanti.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
amboi..nmpk sedap ni...:D
yummy...eeeh simple jer....boleh cuba nie....
Nak cuba buat la. Penat beli kat kedai dan selalunya agak mahal. Huhuhu
sedapnya
tengok pun dah sedap, omg. daknyeee hihihi
Mcm senang je resipi tue.
Nampak sedap dan lembap2 gitu.
sedapnya.. nak pinjam resepi boleh?