Bila nak masuk
tahun baru, ianya sering dikaitkan dengan senarai azam seseorang. Apa azam yang
ingin dicapai untuk tahun 2015 nanti. Bagi aku, seseorang yang mempunyai azam
umpama perjalanan hidupnya penuh terancang. Ada matlamat yang ingin dicapai.
Ada usaha untuk melaksanakan misi azam.
Blur tak tahu apa
azam tahun baru anda? Takpe, boleh rujuk panduan di bawah azam-azam untuk
merubah kehidupan agar menjadi lebih baik.
SENARAI AZAM BARU TAHUN 2015
1. Azam ingin menjadi orang yang sihat
Kerap melakukan
senaman, melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti bermain badminton,
futsal, bola sepak atau apa-apa sahaja permainan yang anda minat. Jagalah
pemakanan anda, elakkan makanan berminyak, berlemak, terlalu manis, terlalu
masin. Amalkan pemakanan diet seimbang. Bila tubuh badan sihat, akan
melancarkan segala aktiviti harian anda sepanjang tahun 2015.
2. Azam ingin menjadi orang yang kekal positif
Bila mengahadapi
masalah, motivasikan diri anda. Jangan terlalu dibuai emosi. Positifkan minda
anda walaupun banyak dugaan yang anda tempuhi.
3. Azam ingin menjadi orang prihatin dan menghulurkan bantuan
Peka kepada kesusahan
orang lain dan berusaha untuk berbakti kepada masyarakat. Sama ada dari segi
wang ringgit, tenaga mahupun sokongan moral.
4. Azam ingin menjadi pekerja produktif atau pelajar cemerlang
Datang ke tempat
kerja atau ke kelas lebih awal, buat persediaan awal dengan bekalan informasi
yang mencukupi. Kerja lebih keras, sumbangkan idea dan hasil kerja buat
syarikat.
5. Azam ingin mengutamakan keluarga
Buat perubahan
dalam diri dengan menjadi ahli keluarga yang mempunyai sikap ambil berat. Kerap
menghubungi keluarga, dengan itu ikatan kekeluargaan menjadi bertambah erat.
Semaikan dalam diri untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan berusaha
untuk mengelak dari cepat terasa/ berkecil hati.
6. Azam ingin menjadi insan yang gemar membaca
Memanfaatkan
penggunaan internet dengan mencari bahan bacaan di laman blog, akhbar online
dan sebagainya. Malahan boleh juga baca menerusi media cetak seperti majalah,
surat khabar, buku ilmiah. Banyak membaca lebih banyak pengetahuan diperoleh.
7. Azam untuk cungkil bakat kebolehan diri sendiri
Mengenal pasti
kebolehan diri sendiri dengan mencuba pelbagai perkara baru yang kita tak
pernah buat sebelum ni. Seperti bermain alat muzik, menjahit, menyulam manik
baju, bertukang dan sebagainya. Bila berjaya mencungkil bakat kebolehan diri,
pastinya ia memberi manfaat buat diri kita. Mana tahu bakat baru tu nanti boleh
dijadikan sumber pendapatan.
Orang yang
mempunyai azam, azam tahun baru 2015, azam kehidupan, merupakan orang yang
sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mahu maju ke hadapan bagi
merealisasikan matlamat sendiri. Indahnya orang yang mempunyai azam. Jadi,
tetapkan apa azam yang ingin anda capai sempena tahun baru 2015 ni.
Mudah-mudahan dengan disertai usaha, azam anda akan tercapai.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
Semoga segala azam 2015 tercapai. Hihi! :)
moga tahun2015 bertambah baik
Selamat tahun baru yumida...semoga azam kita semua tercapai di tahun baru ini...aamiin
Moga tercapai ;D
Assalamualaikum! Selamat Tahun baru kak Yumida ;)
Hope tabah hadapi dugaan baru!
http://cicihana.blogspot.com/
Slmt thn baru yumida
selamat tahun baru akak..
Selamat tahun baru. Semoga berjaya capai azam tahun baru!
moga azam 2015 akak tercapai :)
http://ijahoney.blogspot.com/
Semoga semua azam tercapai.. :)
Wah bagusnya kak Yumida dah sediakan siap2 azam tahun baru ni.. kalau iha tahun ni nak maintainkan apa yang dah dilaksanakan tahun lepas.. mana yang terkurang akan diedit.. dan yang paling penting nak usahakan no.7 tu dulu, hehe.. apapun harap kak Yumida dapat melaksanakan azam dengan baik, in shaa Allah.. :)