Kesan Buruk Pengambilan Kafein (Kopi) Berlebihan

Amalan meminum kopi
Ada sesiapa sini yang sering menjadikan kopi sebagai minuman utama? Tak kira di waktu pagi, tengahari petang atau malam, kopi sentiasa jadi minuman utama. Berwaspada, sebab pengambilan kopi yang mengandungi kafein ni memberi kesan tidak baik pada kesihatan kita.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, pengambilan kopi lebih 4 cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan. Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu.

Lebih bahaya jika ia menjejaskan prestasi pada waktu pagi di mana keadaan itu memerlukan kita menjadi lebih proaktif. Pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.

Kesan buruk pengambilan kafein (kopi) berlebihan, bahana kafein kopi, kesan bahaya dan negatif akibat kafein kopi, gambar kopi, minuman mengandungi kafein, waktu sesuai minum kopi, sebab dilarang minum kopi selalu, kebaikan, manfaat, khasiat kopi, kelebihan dan keburukan minum kopi, senarai minuman kafein

Hadkan pengambilan MINUMAN KAFEIN!
Kafein bukan sahaja terkandung dalam kopi. Malahan dalam minuman lain juga. Pengambilan kopi paling sesuai diambil pada waktu pagi saja dan paling lewat seelok-eloknya sebelum jam dua petang. Selain itu, waktu pagi masa sesuai untuk mengambil minuman berkafein seperti minuman bertenaga. Sepanjang waktu pagi seeloknya amalkan pengambilan kopi yang tiada kafein untuk memenuhi keperluan kafein harian anda.

Hadkan kafein tidak bermakna anda menyingkirkan tabiat itu daripada rutin harian anda. Pengambilan minuman tenaga mengandungi kafein pada masa yang sesuai lebih baik dan menyihatkan kerana ia meningkatkan kecerdasan dan memberikan tenaga.

Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan badan jadi tidak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu pagi.

Tak salah nak minum kopi, tapi pastikan pengambilan minuman kopi dalam waktu tertentu sahaja. Contohnya ketika masa sarapan pagi. Sebab dengan bekalan kafein yang ada dalam kopi ni akan membekalkan tenaga ketika kita melakukan kerja. Jadi lebih bertenaga! Kopi ni tak bagus diamalkan selalu, so ambil kopi waktu breakfast sahaja k.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

15 comments

dulu saya pernah addicted dengan kopi yang instant tuu. nasib baik sekajap aje.
pstt. jemput join segmen saya :D

Nasib la saya bukan jenis minum kopi. Tapi.... kalau terdesak seperti nak stay up untuk study, terpaksalah minum. hehe

hehe..mcm berjnji pulak kite..cerita pasal kopi. Slmt hri isnin.

sama la ngan miya...lau terdesak sangat2 baru minom kopi...
pastu xtido la sampai kol 4 pagi...aiyoooo!!!!

sy amalkan 2 cawan kopi ..pagi dan ptg...pak cik sy dia workaholic minum 6-8 cawan stiap hati..skang dia lethargy,anorexia,cachexia,hypersecretion ( gastric )...

Emm bahaya jugak ye kalau minum banyak..... hurmmm kena amalkan air kosong jugak sebenarnya....

Kamek takut minum kopi deras gilak. Setakat sekali sehari, okay bagi kamek. Kan kamek da sembelit. Huhu. Tapi kamek suka minum kopi.

Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover

Assalammualaikum... yumida,

mselim3 memang suka kopi o... kalau sarapam memang pekena kopi o... tapi kopi o nie kalau kena dengan ubi rebus cecah sambal tumis pehhh.. memang sedap...

mselim3

saya peminum tegar kopi ni... terutama kopi O kat mamak tu, paling banyak pun dua kali sehari... maybe pernah lebih lah... teh dan kopi sama tegar dia punya kaffein... itu kata doktor saya tapi saya lebih suka kopi... apa pun terima kasih sharing...

Terima kasih sebab sudi bagi sokongan kepada ejulz sepanjang tahun 2014. Semoga perkenalan kita kekal sampai bila2..

Jemput singgah "Senarai Pengomen Tegar Mei hingga Disember 2014 dan Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2014"


Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Saya jarang minum kopi tapi kopi memang sedappppp.

Salam singgah dari follower #4248 dari segmen kak mia :)

kalo kat office tue memang setiap pagi ambik kopi