Punca & Cara Atasi Masalah Keputihan

Masalah keputihan di kalangan wanita sudah tidak asing lagi. Dengan rasa gatalnya, bau yang kurang menyenangkan, pasti membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa sepanjang hari.

Punca & cara atasi masalah keputihan, sebab dan tanda-tanda berlakunya keputihan, penyakit keputihan, cara tangani masalah keputihan, cara elak keputihan, kesan buruk keputihan, cara cegah keputihan, penyelesai masalah keputihan, cara cuci vagina yang betul
KEPUTIHAN menyebabkan rasa gatal, bengkak dan berbau hamis akibat jangkitan kulat dan bakteria.

Punca dan Tanda-Tanda Keputihan Berlaku
Punca keputihan ini berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Manakala, keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair. Ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak serta menjadi merah.

Punca & cara atasi masalah keputihan, sebab dan tanda-tanda berlakunya keputihan, penyakit keputihan, cara tangani masalah keputihan, cara elak keputihan, kesan buruk keputihan, cara cegah keputihan, penyelesai masalah keputihan, cara cuci vagina yang betul

Cara Mencegah Masalah Keputihan
- Sentiasa memastikan bahagian faraj atau vagina dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj (feminine wash) yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
- Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Hope dengan perkongsian cara mengatasi masalah keputihan seperti di atas, akan menyelesaikan masalah keputihan yang dihadapi oleh golongan wanita.Menjadikan hidup lebih ceria dan selesa sepanjang hari! 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

informasi seperti ini perlu juga dibaca oleh lelaki khususnya mereka yang bakal dan telah menjadi suami. Boleh faham apa masalah yang dihadapi oleh golongan wanita. Good information!

Terima kasih berkongsi kak yumida... Sha ni ikut mood... kalau banyak, banyak sangat, kalau kering... besyukur sangat... keputihan tu sangatlah tak selesa...