1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 31/01/2015

Assalamualaikum..

Seorang yang ceria, kuat mengomel, rajin menaip, suka berkongsi diari kehidupan, rajin berblogwalking itulah gambaran untuk kak Farah. Aaaa? Belum kenal lagi dengan kak Farah? Takpe..jangan risau. Jap lagi identiti kak Farah akan dibongkarkan. Dapat la kengkawan semua mengenali kak Farah dengan lebih dekat.

Biodata kak Farah Bubblynotes
Nama: Farah Waheda Wahid
Tarikh lahir: 24 November 1982 (umur sekarang 33 tahun..alhamdulillah)
Pendidikan: University Technology of MARA (UiTM) – Perakaunan
Pekerjaan terkini: Senior Executive for Executive Director
Penglibatan dalam dunia blogging: Bermula tahun 2006
Nama anak: Iman Firash Bin Husaini (dikenali sebagai Ash - antara budak paling glamour dalam dunia blogging)

Gambar Ash di zaman bayinya  - blogger tercilik
Selepas anak Ben Ashaari, diikuti dengan anak Eraz Fadzli..haaa giliran Ash pulak kini popular di alam maya. Jangan tak tau, budak kecik si comel ni dah ada blog tersendiri. Hebat kan? Tahniah buat kak Farah serta suaminya sebab dikurniakan seorang putera yang mampu mencairkan hati wanita. Kiut sangat-sangat! Alhamdulillah, cahaya mata memang dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri. Anugerah Allah..zuriat penyambung warisan. Anak yang bakal menjaga kita di hari tua kelak, anak yang akan mensedekahkan kita doa dan amal jariah apabila kita sudah takde lagi di dunia ni.

Nak beramah lebih mesra dengan kak Farah, korang boleh ikuti perkembangan kak Farah menerusi laman sosial di bawah:
Instag: FARAHWAHEDA
Twitter: @ladiefarah
Linked In: Farah Waheda Wahid

Apa yang saya suka mengenai kak Farah? Apa yang membuatkan kak Farah dan Ash menarik di mata saya? Jom terjah bebelan di bawah:

 1. Blogger yang rajin update blog
Serius kak Farah ni memang rajin menaip orangnya. Jika kengkawan terjah entry kak Farah satu per satu, entry yang ditaip penuh lengkap ceritanya. Malah dalam satu hari mungkin lebih 2 entry diterbitkan. Memang kagum dengan usaha konsisten kak Farah dalam berblog. Tak pernah sunyi sepi blognya. Sentiasa ada kisah terbaru. Dengan dirinya yang ada kerjaya sendiri, dengan peranan dirinya sebagai seorang ibu dan isteri, memang tabik spring kat kak Farah, pandai manage masa.

2. Berkongsi tips parenting
Asal ada cerita Ash mesti ada diselitkan sekali dengan tips keibubapaan. Tatacara penjagaan anak, mendidik anak. Sememangnya kak Farah seorang ibu yang rajin menggodek ilmu. Kalau takde ilmu, memang sukar nak jana idea berkongsi tips sebegini. Even Ash merupakan anak sulungnya, tapi ilmu yang dikongsikan begitu banyak! Haa..buat bakal-bakal ibu di luar sana termasuk diri ni, jom sedut ilmu parenting kat blog kak Farah.

3. Berkongsi pengalaman mengandung, proses bersalin dan berpantang
Orangnya memang tak lokek dengan ilmu. Complete blognya disertai dengan pengalaman dirinya ketika mengandungkan Ash. Bagus perkongsian sebegini sebab boleh diri ini merujuk petanda hamil menerusi blog kak Farah. Penjagaan diri semasa hamil. Malah pengalaman dan proses bersalin pun dikongsikan sekali. Termasuk juga ketika berpantang.
  
 Info mengenai kehamilan ni saya sering cari kat Google. Sesekala ade jugak entry kak Farah terpampang keluar.

4. Blogger yang rajin berblogwalking dan reply komen pembaca di entry blognya
‘Berblogwalking’ agak sukar nak buat. Tapi cabaran sukar ni cukup mudah bagi kak Farah. Pasalnya…asal kita singgah ke blog dia dan drop komen, mesti ada kunjungan balas dibuat. Pendek kata, kak Farah ni memang blogger yang peramah orangnya. Malah dalam entrynya pun, komen pembaca akan direply diruangan komen. Saya sendiri pun tak berkesempatan nak reply komen pembaca. Memang sangat-sangat kagum dengan kak Farah. Rajin! Sporting!

5. Blogger prihatin – menjawab pertanyaan pembaca
 
Soalan ni pernah saya ajukan pada kak Farah. Tentang bagaimana cara kak Farah cuba untuk mengandung. Apa prosesnya, apa supplement yang diambik. Ilmu ni..sebab masa tu saya juga dalam proses cuba untuk hamil. So, tersedia 1 entry khas. Special untuk i..hihi. Memang baik hati la kak Farah ni sebab sudi luangkan masa siapkan entry, mengimbas balik cara dan pengalaman dirinya. Malah ada juga pertanyaan rakan pembaca lain dijawab dengan entry khas. Hmm..ini la blogger prihatin!

6. Berkongsi tips kecantikan dan penjagaan diri
Lumrah kalau kat blog perempuan mesti ada artikel kecantikan. Yang menjadikannya unik dan special ialah pengalaman dari diri sendiri. Haa, yang tu teruja nak baca tu. Sebab menerusi pengalaman tu la, pembaca mudah nak ikuti tatacara penjagaan diri. Macam blog kak Farah ada disediakan info umum mengenai tips kecantikan + pengalaman mahal bagaimana dirinya menjaga kecantikan diri. Ehem-ehem..tang gambar mesti ada sekali! Tak caye? Nah..

Model selaku owner blog Bubblynotes – kulit licin je tanpa dinodai bekas jerawat. Senyuman manis menggula, menampakkan sebaris gigi putihnya. Ibu Ash yang anggun cun-melecun. Hihi..

7. Blog mesra pembaca
Mudah nak buka, nak baca entry kat blog kak Farah. Loading cepat, nak komen pun tak perlu tunggu lama-lama. Memang mesra pembaca la blog kak Farah ni. Template ringkas, susun atur widget kemas, tak berselerak, takde iklan floating yang annoying pembaca. Jadi, pembaca seperti saya mudah nak baca. Suka singgah, lagi dan lagi.

Haaa, itu la pandangan saya mengenai blog kak Farah. Dah kenal, maka boleh la jatuh cinta dengan mesej dan penulisannya. Jom serbu blog kak Farah!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Alhamdulillah, terima kasih Yumida kerana sudi menyertai mini GA akak, sorry lewat update, apapun all the best dan jangan lupa semak senarai peserta di http://www.bubblynotes.com/2015/01/1st-mini-cash-giveaway-2015.html

sama2. all the best buat semua kengkwn yg turut join sm