Amalan meminum kopi
Ada sesiapa sini yang sering
menjadikan kopi sebagai minuman utama? Tak kira di waktu pagi, tengahari petang
atau malam, kopi sentiasa jadi minuman utama. Berwaspada, sebab pengambilan
kopi yang mengandungi kafein ni memberi kesan tidak baik pada kesihatan kita.
Kesan Buruk Pengambilan Kafein (Kopi)
Berlebihan
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada
tahun 2013, pengambilan kopi lebih 4 cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan. Kajian itu juga turut menitikberatkan
faktor lebih serius seperti risiko boleh
membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang
mengambil 28 cawan kopi seminggu.
Lebih bahaya jika ia menjejaskan prestasi pada waktu pagi di
mana keadaan itu memerlukan kita menjadi lebih proaktif. Pengambilan minuman
berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.
Hadkan pengambilan MINUMAN KAFEIN!
Kafein bukan sahaja terkandung dalam kopi. Malahan dalam minuman lain juga. Pengambilan kopi paling sesuai diambil pada waktu pagi saja
dan paling lewat seelok-eloknya sebelum jam dua petang. Selain itu, waktu pagi
masa sesuai untuk mengambil minuman berkafein seperti minuman bertenaga.
Sepanjang waktu pagi seeloknya amalkan pengambilan kopi yang tiada kafein untuk
memenuhi keperluan kafein harian anda.
Hadkan kafein tidak bermakna anda menyingkirkan tabiat itu
daripada rutin harian anda. Pengambilan minuman tenaga mengandungi kafein pada
masa yang sesuai lebih baik dan menyihatkan kerana ia meningkatkan kecerdasan
dan memberikan tenaga.
Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil
minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin
menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan
badan jadi tidak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam
menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu
pagi.
Tak salah nak minum kopi, tapi pastikan pengambilan minuman
kopi dalam waktu tertentu sahaja. Contohnya ketika masa sarapan pagi. Sebab dengan
bekalan kafein yang ada dalam kopi ni akan membekalkan tenaga ketika kita
melakukan kerja. Jadi lebih bertenaga! Kopi ni tak bagus diamalkan selalu, so
ambil kopi waktu breakfast sahaja k.
15 comments
thanks for sharing
dulu saya pernah addicted dengan kopi yang instant tuu. nasib baik sekajap aje.
pstt. jemput join segmen saya :D
saya minum sehari secawan jek
Nasib la saya bukan jenis minum kopi. Tapi.... kalau terdesak seperti nak stay up untuk study, terpaksalah minum. hehe
hehe..mcm berjnji pulak kite..cerita pasal kopi. Slmt hri isnin.
sama la ngan miya...lau terdesak sangat2 baru minom kopi...
pastu xtido la sampai kol 4 pagi...aiyoooo!!!!
sy amalkan 2 cawan kopi ..pagi dan ptg...pak cik sy dia workaholic minum 6-8 cawan stiap hati..skang dia lethargy,anorexia,cachexia,hypersecretion ( gastric )...
Emm bahaya jugak ye kalau minum banyak..... hurmmm kena amalkan air kosong jugak sebenarnya....
Kamek takut minum kopi deras gilak. Setakat sekali sehari, okay bagi kamek. Kan kamek da sembelit. Huhu. Tapi kamek suka minum kopi.
Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover
Assalammualaikum... yumida,
mselim3 memang suka kopi o... kalau sarapam memang pekena kopi o... tapi kopi o nie kalau kena dengan ubi rebus cecah sambal tumis pehhh.. memang sedap...
mselim3
jarang minum kopi.. hehe
saya peminum tegar kopi ni... terutama kopi O kat mamak tu, paling banyak pun dua kali sehari... maybe pernah lebih lah... teh dan kopi sama tegar dia punya kaffein... itu kata doktor saya tapi saya lebih suka kopi... apa pun terima kasih sharing...
Terima kasih sebab sudi bagi sokongan kepada ejulz sepanjang tahun 2014. Semoga perkenalan kita kekal sampai bila2..
Jemput singgah "Senarai Pengomen Tegar Mei hingga Disember 2014 dan Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2014"
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
Saya jarang minum kopi tapi kopi memang sedappppp.
Salam singgah dari follower #4248 dari segmen kak mia :)
kalo kat office tue memang setiap pagi ambik kopi
EmoticonEmoticon