10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014

Berikut merupakan 10 senarai destinasi utama yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Rekod 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia ini dikeluarkan oleh portal MSN Travel.com. Teringin juga nak tahu pasal apa destinasi tu menjadi sasaran pelancong. Pelancong seluruh dunia lagi tu! So, apa kata kita terjah 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia dan geledah kelebihan destinasi tersebut. Senarai top 10 anugerah tahunan TripAdvisor.

Senarai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014


1. ISTANBUL, TURKI

10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014 
Turki sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni bina tradisional, ini menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi oleh pelancong seluruh dunia. Grand Bazaar di Istanbul tempat yang sangat popular sebagai destinasi percutian. Jadi, tidak hairanlah Istanbul menduduki tempat pertama dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

2. ROME, ITALI

 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014
Bandar Itali kaya dengan bangunan bersejarah sehingga menarik tumpuan pelancong dunia. Antara tempat menarik di Rome ialah Vatican City, Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki tempat kedua dalam senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014 ini.

3. LONDON, ENGLAND

 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014
London merupakan tempat ketiga dalam senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia
Tahun 2014. Tempat menarik menjadi tumpuan pelancong dunia di London ialah Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, ‘Shakespeare’s Globe Theatre’, ‘Hampton Court Palace’ dan Istana Kensington. Kehadiran  kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menaikkan lagi populariti dan keinginan pelancong untuk menjejakkan kaki ke London.

4. BEIJING, CHINA

Kota Larangan atau 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih daripada 100 buah muzium. Ini meletakkan Bandar Beijing, China berada di kedudukan keempat dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH

Prague dipilih sebagai kota kelima dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014. Ini kerana kekayaan Republik Czech terhadap nilai budaya dan kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di Prague menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO). Prague telah berjaya menarik 5 juta pelancong antarabangsa!

6. MARAKECH, MAGHRIBI

Kota Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi. Jadi, Marakech menduduki tempat keenam dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

7. PARIS, PERANCIS

Paris sering menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang bercinta ataupun baru berkahwin. Sehingga ia dikenali sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen. Paris memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di dunia. Buat anda semua yang ini berbulan madu di Paris, datanglah ke kota cinta ini yang mana Paris berada di kedudukan ketujuh dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.

8. HANOI, VIETNAM

HANOI terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia Tenggara. Hanoi berada di kedudukan kelapan dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia.

9. SIEM REAP, KEMBOJA

Siem Reap kini menjadi destinasi popular di kalangan pelancong dan meletakkannya di kedudukan kesembilan dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014. Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.

10. SHANGHAI, CHINA

Shanghai di kedudukan kesepuluh dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.
 Sumber: Utusan & kredit foto 1 2 3

Itulah senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia! Setiap daripadanya mempunyai keunikan tersendiri. Jika kengkawan merancang ingin melancong, lakukan sedikit kajian destinasi pelancongan tersebut. Melancong bukan sahaja secara berkumpulan malah melancong keseorangan pun boleh. Berminat untuk melancong ke destinasi pelancongan terbaik dunia seperti senarai di atas? Sila-sila… Jauh pengembaraan, luas pengetahuan!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

20 comments

good moning
singgah pagi isnin

teringin nak pergi europe !! huhu

Kalau la dapat pergi semua tempat tu kan best :))

subhanallah.. xtau laa bila dapat mlancong ke sana.. dalam negeri pon blom abiss teroka.. huhuhu. hope pnjg umo dan kalo ada rezeki lbh.. insyallah.. dpt smpaii.. TURKI =)

teringin jugak nak melancong luar negara nih..

entah, bila dapat pergi tempat mcm ne..teringin sangat tapi tak kesampaian...huhu

Turki tu teringin sangat nak pergi...bila le nak ada duit bebanyak.

Singapore dan Brunei yang dekat tu pun saya tak sampai lagi hehe

Bestnya mun dapat ke cnun!

semua nak pergi, Istanbul, mu tunggu aku datang!! muehehehek!!

Seronoknya kludpt g... Tpi klu dpt pusing Malaysia pun dh syukur..

istanbul will be like europe, paris and london gituh..besssttt!!

Teringin nak jenjalan ke Turki.. bilalah agaknya...

wow menariknya tempat tuh.. bila la dpt mjejakkan kaki ke Turki???

Memang cantik negara istanbul nie..nesa teringin nak melawat masjid sultan ahmed yg katanya ukirannya yg cantik

Istanbul... suatu hari nanti pasti aku akan ke sana... huhu...