Seperti yang dibicarakan sebelum ini, drama terbaru slot Akasia
bakal ditayangkan pada minggu hadapan iaitu 11 November 2013. Drama terbaru ni
diadaptasi dari sebuah novel iaitu Playboy Itu Suami Aku. Antara
barisan pelakon drama yang bakal memeriahkan lagi dalam drama Playboy Itu
Suami Aku ni ialah Fattah
Amin, Risteena Munim, Chacha Maembong, Wan Sharmila dan lain-lain.
Sinopsis Drama TV3: Playboy
Itu Suami Aku
Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya
Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of
crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah
menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada
Adrian.
Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak
boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian
merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina
disahkan Amnesia (hilang ingatan sementara) kerana hentakan yang kuat semasa
terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi
Adrian sebagai suaminya.
Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah
berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan
itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau
aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian.
Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke
mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku.
Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih.
Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih.
Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki
buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa
dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak
yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya
pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang.
Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu
. Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan
segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila
hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu
Adrian tidak lagi percaya pada cinta .
Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila
Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya
kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan
hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan
itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja .
Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.
Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah.
Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah.
Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak
Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke
Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan
bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi
Allah yang menentukan segalanya.
Menarik jalan ceritanya! Saksikan
u olls drama terbaru ni, Playboy Itu Suami Aku di kaca tv korang. Start jam
7 malam sampai 8 malam. Minggu depan tau. Isnin sehingga Khamis, di TV3.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
sekaranng banyak betul drama yang dibuat melalui adaptasi novel kan??mungkin drama macam tu lebih menarik peminat kot..
Regards,
-Strider-
saya baca dh novel tu ^_^
best ndak ka jalan cerita n lakonan pelakon baru ya ka.. hehe. tp yg pasti rakyat msia dh suka drama melayu. hehe x mcm dlok2 hehe
Jemput Join "Blogger Gempak 2013" Award ""BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD"
pelakon bru ekk?
Sik sabar mok tgk Raja Adrian Benjamin aka King! ;D hehe
kalau cite yg ditayangkan tu kita dh baca novelnye, rasa mcm bangga je sbb dh tau jalan cite dia..haha
pelakon laki tuh sape er/?cm xknl je mukee
tak kenal ler pelakon lelaki & wanita tu ler....hihi
dua2 perlakon tu mun xkenal..hehe
x sempat tengok.. ada kelas.. huhu
akhir skali diaorg ad ank x?
huhuhu..