PERADUAN ULANG TAHUN KE 4 BLOG PCB

http://kringg.blogspot.com/
KLIK BANNER UTK JOIN


Assalamualaikum…

Tahniah diucapkan buat PCB yang sedang meraikan ulang tahun ke-4 blog PCB. Moga sentiasa dianugerahkan ilham untuk berkarya dan terus berkarya.

JAWAPAN NO. 3

Kaki melangkah keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya dan berpakaian sut baju mahal sambil mengepit sekaki payung di ketiaknya lalu dia mengusap misai hitam kilat melentik miliknya, lantas kugapai laptopku dan mengupdate blog dengan tajuk hot, ‘A. Galak di depan mataku!!!..OMG can’t believe it!..Sila cubit aku!’.



JAWAPAN NO. 5

Saya meminati Entri blog PCB iaitu SALAM MERDEKA KE 56 !! bertarikh 31 Ogos 2013 kerana mesej yang disampai menyentuh hati saya. Umpamanya rakyat Malaysia yang masih tidak bersyukur dengan keamanan negara sendiri hingga mereka sanggup membakar bendera Jalur Gemilang. Jiwa muda kini semakin berani. Terkadang saya terfikir di mana nilai-nilai kenegaraan, kesedaran sivik, semangat patriotik yang pernah mereka pelajari di sekolah, juga didikan di rumah. Tatkala lensa kamera menancap perbuatan mereka, mereka ligat memijak dan membakar bendera seolah-olah sedang berpesta. Nilai ‘malu dalam diri’ semakin menghilang, di mana keadaban dan budi pekerti yang diterapkan dalam diri mereka?

Pernah saya tampilkan dalam entri Yumida sayang Malaysia sebab…. Betapa sayangnya saya pada tanah air kita ini. Menghargai, mensyukuri, berbangga menjadi rakyat Malaysia! Barisan pertahanan dan  tentera yang sentiasa berkorban demi tanah air kita. Umpamanya insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Saya, PCB juga anda semua, sama-sama kita doakan agar tiada lagi pencerobohan yang dilakukan ke atas Malaysia ini.

Di akhir entri PCB terselit sedikit nasihat buat blogger seperti saya, kita bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Nasihat ini saya sisipkan dalam diri saya, berwaspada dengan isi kandungan yang ingin saya sampaikan, menyemak 4-5 kali sebelum ia dipublishkan. Nasihat ini mengingatkan saya pada (Hadis R.Muslim), “Sampaikanlah dariku walau hanya sepotong ayat”. Sama-samalah kita saling mengingati dan berpesan-pesan.

Tamat : 30 November 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments