Contest Hari Raya Santaikata

KLIK BANNER UTK JOIN


Pagi Raya aku bangun seawal pagi untuk mempersiapkan aneka lauk untuk dihidangkan pada pagi tersebut. 3 a.m aku mulai memasak nasi, membantu emak di dapur menumis rencah, masak daging rendang, ayam kari, sayur dan bermacam hidangan lain. Mood nak beraya. Bangun pun awal.



Kemudiannya, aku mengelap balang kaca untuk meletakkan biskut di dalamnya. Memotong kek Raya, dan menyusun di dalam bekas yang disediakan. Potongan kek jugak harus seragam, so nampak cantik bila dihidang nanti. Cawan untuk tetamu minum juga aku bersihkan. Basuh dan terus dilap. Kemudian, di susun cantik-cantik di atas meja. Supaya senang nak ambil dan memudahkan kerjaku apabila menghidang air buat para tetamu.


Air bikarbonat aku letakkan dalam bekas yang besar yang kedap udara. Kemudian dicampur dengan ais. Air disediakan awal sebab pada hari Raya pertama, tetamu yang terdiri di kalangan kanak-kanak datang menziarahi rumah kami. Sangat awal! Budak-budak excited nak sambut Raya katakan. Actually, ada benda lain yang membuatkan diorang teruja nak datang beraya awal..nak duit Raya dari tuan rumah. Hehe...


Jam 5 a.m aku meluangkan masa untuk bertemu denganNya. Selesai sahaja solat Subuh, aku menyambung semula aktiviti tergendala di bahagian dapur. Segala peralatan memasak...kuali, sudip, sudu, pinggan, cawan, periuk, ku basuh..ku gosok sebersih-bersihnya. Sisa-sisa percikan minyak dan rencah di bahagian dapur gas ku lapkan.



Seterusnya aku menggosok baju Raya. Baju kurung untuk diriku, jubah ibuku, baju melayu suamiku dan baju ayah.

Selesai menggosok baju, aku membantu suamiku memasukkan wang angpau ke dalam sampul Raya. Angpau untuk emak, ayah, anak-anak buah, angpau buat adikku, makcik-makcikku dan juga angpau buat budak-budak yang datang beraya. Biasanya diperuntukkan RM2 untuk setiap budak yang datang bertandang. Angpau untuk budak-budak hanya diberikan pada hari Raya pertama je. So, beruntunglah diorang kalau datang ke rumah pada hari pertama tersebut.


Jam 7.45 a.m kami sekeluarga bersiap-siap ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sahaja sembahyang raya dan beramah mesra dengan orang kampung. Kami menziarahi kubur. Mendoakan arwah ibu yang telah lama meninggalkan kami.

Seterusnya, aku sibuk kembali ke dapur untuk menyiapkan lauk-pauk dan diletakkan ke dalam kontena. Di kampung kami, sesi makan bersama-sama dan bertukar makanan biasanya diadakan pada pukul 11 a.m. Bertempat di masjid. Seronok rasanya melihat kemeriahan penduduk kampung dengan pelbagai juadah yang tersedia.

Jam 2 petang kami sekeluarga telah pun berkumpul. Kini tibanya saat gembira dan sedih. Kami bersalaman meminta maaf antara satu sama lain. Situasi yang penuh emosi. Usai sahaja bersalaman, duit Raya dihulurkan. Tanpa mengira yang tua dan muda semuanya merasa kegembiraan menerima angpau Raya. Nilai wang bukan menjadi faktor pengukur. Yang penting kehepian semua orang mendapat sampul Raya. Riuh rendah jadinya.


Jam 5 petang kami mengunjungi rumah sanak saudara yang terdekat. Raya pertama katakan...semangat berkunjung dari satu rumah ke rumah berkobar-kobar. Tambahan lagi tersedia juadah menanti kedatangan kami sekeluarga. Ada yang bertanya resepi kek, resepi biskut, rahsia membuat rendang yang awesome rasanya. Siap ade yang bergosip-gosip. Haha...itulah kemanisan bila kita dapat berkumpul beramai-ramai.



 Jam 8.30 malam..selesai sahaja solat Isyak aktiviti membuat asap mula menular. Umpama berperang je bunyinya. Aku seperti biasa, main bunga api jenis dawai dengan anak-anak buah. Manakala suami aku pula, main bunga api 16 das. Syok! Berdentam-dentum. Pancaran bunga api yang pelbagai warna menghiasi ruangan langit. Korang nak tahu. Acara bermain mercun dan bunga api bermula selesai sahaja habis solat Isyak sehingga ke tengah malam! Syok wooo.... Seronoknya berhari Raya :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

Tahniah, blog ini terpilih antara 5 pemenang wang tunai RM50.00 contest Hari Raya Santaikata.com
TQ