Aku Dah Cabut Gigi...Yey! Tak Sakit Pun



Alhamdulillah. Misi nak cabut gigi dah terlaksana. Before ni aku asyik risau. Ye la..bila dengar citer tu citer ni. Ade yang kata kalau nak cabut gigi geraham, kena bedah. Dikenakan bayaran mahal pulak tu. Menimbulkan rasa seriau dalam diri aku.

 Aku nak berterima kasih kat kawan-kawan yang memberi pandangan semalam. Even entry tu di publish jam 11.30 malam tadi, namun ramai yang memberi respon. Thanks ye korang. Kerana nasihat and kata-kata korang memberikan aku keberanian untuk mencabut gigi pagi ni.

Actually, yesterday aku dah batalkan niat aku nak cabut gigi. Lepas tu bila teringat nak dekat bulan puasa. So aku tak nak la menanggung rasa kesakitan. Dah la puasa, sakit gigi pulak tu. That’s why terhasilnya entry ku semalam. Meminta pandangan korang. Korang memang baik hati. Love u olls! Haa...korang nak tahu siapa yang baik hati tu? Jom terjah sini: Nak Cabut Gigi Ke Tak....

Hari ni, 3 Julai 2013 jam 8.45 pagi..gigi gerahamku dicabut! Yey! Puas hati. Lega. Rasa sakit tak? Tak! Betul! Hanya mereka yang pernah cabut gigi akan sependapat denganku. Kena bedah tak? Tak! Kena injection 2 kali. Yang ni pun takde la sakit mana. Bukan nak takbur. Kalau nak compare dengan kesakitan sakit gigi, lagi 1000 kali ganda sakit gigi tu daripada kena injection. Sakit tak masa kena cabut pakai playar tu? Tak! Rasa goyang-goyang..macam rasa kena tolak oleh kawan.  Yang ni pengalaman aku. Mungkin berbeza dengan pengalaman korang.

Dentist tu garang and kasar tak? Tak! Ramahnya diorang. Siap sembang lagi ngan aku. Dentist tu pompuan cina, baik sangat. Aku pulak yang banyak cakap daripada dia. Tanya itu ini.

Hari ni tak ramai orang. So aku datang tu, terus daftar. Bayar RM1 untuk pendaftaran. Then, bayar RM1 lagi untuk cabut gigi. Ye la aku kan warganegara, kena la dapat harga special RM1 tu. Kalau bukan warganegara...1 batang gigi depan RM20 and gigi geraham RM25. Agak mahal kan. Tapi kalau kat klinik swasta lagi mahal. Ratus-ratusnye. Tapi aku pilih klinik kerajaan la..pasal aku kedekut. Hahahaha....

Dentist advice aku..lepas cabut gigi..jangan minum minuman panas coz takut darah tu keluar lagi. Jangan banyak meludah. Gigit kapas kuat-kuat. Baik..bertindak mengikut arahan :)

Eh..korang-korang semua...jemput join jom teka yang aku anjurkan kat blog ni. Tamat hari ni jam 5 petang. Jemput..jemput..jangan malu-malu. Korang tak join..nanti aku gigit korang pakai gigi rongak aku. Huahuahua...

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

19 comments

Assalamualaikum yangg, tak sakit? alhamdullilah. kalau sheila mungkinlah nervous lebih. hehehe. ada GA ke yang? jap nak terjah ;p

hehhehe... sy xprnh cabut gigi ngn doc gigi... ngee! takut r.. kekekek ;)

Mesti dah betul2 lega dah ni kan....

akhirnya tercabut jugak gigi nyer. hehehehehe

Teena takut giler nak cabut gigi. Tgok mesin2 dia pun dah gerun.

bk xpenah ag la cabut gigi.alhmdlh la...pengalaman tu yumida

kalo sakit gigi badan pun ikut sakit hehe

semua owg takut klu bab gigi ni..pesakit2 ktklink pun mcm tu..kna pujuk bgi tau apa kesan dia klu tak cabut gigi yg dah rosak tu..=)

assalamualaikum yumida...gigi sakit mmg kena cabut kalau x sakitnya yg amat sangat...bila dah cabut mmg lega...

gigi kalau dah buat hal rasa nak melempang orang jer.. hihi..

elok benar lah dicabut, dibiarkan melarat nanti..

xprnah rasa sakit gg rosak kecuali time nak tumbuh gigi baru n gg bongsu nak brtukar...

ayu ingt msa kcik dlu ja..gg kuat lg tp cbut jgk..mk ai mmg skt.hihi

Pernah cabut gigu geraham. Mula2 ok la.. balik rumah sakit sampai fengsan!

alhamdulillah... kan dah lega tuuu.... ;)

Salam kenal yumida..sya folo blog yumida..jika sdi,snggah blog sya ya..

sya takut doktor gigi..huhuhu. :)

pernah cabut gigi masa form 2 dulu. lepas habis sekolah baru tumbuh balik.masa tu dah pasrah dah gigi takdak...haha

wah.. berani nye awk .. hehehe
^^

saya rasa last saya cabut gigi masa sekolah rendah..sampai sekarang tak pernah lagi dah