UmmuMishkah Giveaway 2013


KLIK BANNER UTK JOIN

Hadiah
Sepasang kain English Cotton Gred AAA
(bernilai RM80)

Hadiah adalah tajaan oleh House of Cotton



SEBAB YUMIDA SUKA MEMBACA BLOG BICARA UMMU MISHKAH:

Sejujurnya ini ialah pertama kali Yumida singgah di blog Bicara Ummu Mishkah. Entry pertama yang membawa Yumida mengenali blog ni ialah UmmuMishkah Giveaway 2013. Memandangkan Yumida masih baru mengenali blog ini, Yumida berusaha membuat sedikit kajian untuk mengetahui lebih mendalam mengenai blog Bicara Ummu Mishkah.

Membaca hasil penulisan daripada Ummu membuatkan Yumida sedikit kagum! Yumida sukakan penggunaan kata yang digunakan dalam setiap entry yang dihasilkan oleh beliau. Penggunaan tatabahasa yang baik, susunan ayat yang kemas, apabila pengunjung seperti Yumida membaca hasil ilhamnya, terasa diri melayari momen bersama yang dihasilkan oleh penulis. Ayat juga berbunyi gramatis. Membuatkan pengunjung teruja membaca sehingga ke noktah terakhir.

Tambahan lagi blog Ummu ni menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Memudahkan pengunjung seperti Yumida memahami setiap ayat yang dibicarakan. Berbanding kalau menggunakan ayat singkatan, juga campuran bahasa rojak...sehingga menyukarkan pembaca untuk mengeja satu persatu. Jadi, tiada masalah dalam memahami mesej yang disampaikan oleh Ummu. Yumida juga menggemari blog yang menggunakan bahasa Melayu penuh seperti mana blog Ummu Mishkah ni.

Sebagai seorang pelayar internet yang sentiasa dahagakan ilmu maklumat, boleh dikatakan blog Ummu Mishkah ni merupakan blog kegemaran Yumida. Sebab apa..di dalam blog ni terkandung seribu macam maklumat, panduan, tips yang berguna buat pembaca. Sememangnya berbaloi bila meluangkan masa membaca artikel yang dihasilkan oleh Ummu. Menambah pengetahuan di dada.

Di dalam blog Bicara Ummu Mishkah ni terselit mengenai panduan keibubapaan, kesihatan, agama, motivasi, pendidikan anak-anak, tazkirah, tips dan petua dan banyak lagi. Jadi, beruntunglah kepada sesiapa yang singgah berkunjung ke blog ini. Sebab...banyak yang boleh kita pelajari. Ilmu tu! ‘Sharing is caring’....alhamdulillah penulis sentiasa berkongsi ilhamnya dengan pembaca. Terasa diri ini orang yang bertuah..dapat membaca, mengetahui, mempelajari sesuatu melalui ilham penulis.

Selain daripada di atas, Yumida dapati setiap entry yang dihasilkan oleh Ummu begitu terperinci sekali penerangannya. Huraian diberikan lebih spesifik. Memudahkan seseorang untuk memahami isi penceritaan. Bagi Yumida ia merupakan satu bonus kepada pembaca kerana dapat menyelami mesej sebenar yang ingin disampaikan penulis blog Bicara Ummu Mishkah. Tertarik dengan gaya olahan entry membuatkan pengunjung seperti Yumida ingin datang berkali-kali ke blog ini.

Yumida tersentuh sekali dengan entry penulis iaitu Yes You Can!’. Di mana hanya sepotong ayat..tapi mampu mengubah minda dan mood seseorang. Tidak dinafikan ramai masyarakat sekarang lebih gemar menggunakan perkataan negatif berbanding positif. Sebagai contoh, andai sesetengah ibu bapa memarahi anak, pemilihan kata yang kasar sentiasa digunakan. Ayat negatif yang sama digunakan berulang kali. Hasilnya si anak tidak mengendahkan arahan ibu bapanya. Dek kerana keterbiasaan mendengar ayat-ayat yang negatif. Senario yang menyedihkan...tapi itulah yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Impaknya akan memberi kesan terhadap cara kanak-kanak itu membesar. Indahnya...andai mereka menggunakan kata-kata yang lembut..memilih ayat yang positif untuk menegur kesalahan anaknya. Yes you can! Moga diri Yumida kerap menggunakan perkataan positif mulai sekarang. Terima kasih atas perkongsian entri yang bermakna ini.

Penulis blog ini juga tidak lokek berkongsi pengalaman beliau. Setiap entry disusuli dengan pengalaman lalu penulis agar dapat dikongsi bersama dengan pembaca. Pengunjung yang membaca artikel beliau, pasti terkesan di hati mereka. Orang kata ‘pengalaman mendewasakan kita’...melalui artikel yang ditulis oleh Ummu seolah-olah suatu pembelajaran bagi pembaca. Seronok rasanya jika kita dapat mengetahui pengalaman seseorang..kisah penceritaan menjadi lebih menarik! Lebih realiti! Dari situ Yumida jugak dapat mempelajari ‘sesuatu’ daripada penulis.

Oh ya...penulis jugak usahawan wanita. Pengedar produk Shaklee. Di blog, facebook...produk Shaklee ada dipromosi di mana-mana. Seperti yang kita ketahui produk Shaklee ni terbukti keberkesannya. Wah! Alhamdulillah...moga bisnes penulis sentiasa berkembang maju. Membaca entri penulis ‘Meal Shakes SHAKLEE dan Ramadan mengingatkan Yumida pada kepentingan bersahur. Ramai yang sukar bangun untuk sahur. Manakala ramai juga yang tiada mood untuk makan ketika sahur. Perkongsian entri daripada penulis membuatkan hati Yumida terasa ingin mencuba produk meal shakes ini. Kerana dikatakan di dalam produk tersebut terkandung lengkap segala nutrient dan gizi makanan buat kita seharian berpuasa. Puasa oh puasa...moga segala amalan kebaikan kita diterima olehNya.

Yumida pun suka membaca pengalaman yang dikongsi oleh penulis. Baik orangnya. Tidak pernah lokek dengan pengalaman lalu. Sepertimana pengalaman beliau pernah menghadiri forum Berniaga hingga Syurga’. Terpegun Yumida membacanya. Banyak point yang Yumida pelajari dan menyuntik semangat Yumida untuk berbisnes juga.

Akhir sekali, Yumida doakan moga kedai online milik Ummu Mishkah House of Cotton sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Moga bisnes kain cotton ni berkembang maju, berdaya saing, juga memberi pulangan yang lumayan buat pemilik kedai online ini. Usaha tangga kejayaan. Moga Allah sentiasa memberkati setiap titik peluh pengorbanan Ummu Mishkah. Semoga Ummu Mishkah terdiri di kalangan peniaga yang berjaya dengan ruh Islamiyyah yang dituntut oleh agama. Insha Allah!



TAMAT: 31 JULAI 2013


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓