KLIK BANNER UTK JOIN
PENGALAMAN YUMIDA DI BULAN RAMADHAN:
Masa aku
kecik-kecik dulu, aku paling suka bila tibanya bulan Ramadhan. Sebab apa?
Sebab..inilah masanya aku mengumpul wang simpanan. Mak aku bersama
makcik-makcik aku yang lain aktif running kan business persendirian berhad.
Bisnes membuat kuih. Manakala tugas aku pula sebagai penjaja kuih. Sape tak
kenal suara buluh perindu ni??? “Kuih! Kuih! Karipap..donut..cucur
pisang..kuih!! kuih!!!” Haa...dari jauh orang dah cam suara aku.
Bila jumpe
pelanggan...ala makcik pakcik kat kampung tu. Aku pun bodek la diorang..kasi
suruh beli kuih aku.
Ayat biasa
aku pakai.. “Karipap ni sedap makcik..ni budak-budak kompom suka!
Esoknya..kompom diorang semangat nak puasa dan mintak beli karipap lagi. Tak
caya..makcik test beli sebungkus. Wait and see tomorrow makcik!”. Aku cakap
dengan konfiden nya. Of course la hati makcik tu cair dengar pujukan aku kan.
Lebih-lebih lagi budak-budak susah nak tahan puasa. Nampak tak skill mengayat
aku kat situ. Hahaha..
Tu bila
jumpe makcik. Lain pulak bila jumpe pelanggan kategori nenek. Haaa..yang ni
bez! Tak perlu aku nak promote kuih bagai. Nenek tu kompom akan tanye kuih apa
aku bawak hari ni. Sebungkus dua kompom dirembat oleh sang nenek. Lepas tu
kan...ehem-ehem..nenek tu akan bagi aku lebihan syiling yang dia ada. “Nah..ni
untuk Yumi..buat belanja sekolah”. Aku apa lagi..rasa macam nak melompat je.
Penat
tu..memang penat la. Bulan puasa katakan..nak kena jalan lagi..kasi jaja kuih. Setiap
bungkus kuih yang berjaya aku jual, aku dapat komisen 10 sen. Imaginekan korang
kuih tu ade 20 bungkus. Means sehari upah jualan aku RM2. Banyak tu weh! Dulu
duit memang sukar nak carik! Nak mintak dengan orang tua...takkan kena layan
nyer. Sian kan..huhuhu..
So, dengan
cara menjaja kuih di bulan Ramadhan ni peluang untuk aku carik duit sendiri. RM2
darab 28 hari berpuasa..haaa..kan dah dapat kumpul RM56. Tu belum campur duit
syiling yang nenek-nenek di kampung derma kat aku. Wah...hepi giler bila nampak
duit banyak. Mata pun jadi bling-bling gitu.
Yang beznya
lagi..bila time Hari Raya. Aku paling banyak dapat angpau Raya. Makcik, pakcik,
nenek-nenek yang kenal muka aku si penjaja kuih ni akan bagi angpau kat aku.
Zaman
dulu-dulu susah weh tuan rumah nak kasi angpau. Tak macam sekarang, boleh
dikatakan setiap rumah akan bagi angpau pada budak-budak yang datang beraya.
Zaman dulu-dulu...sob..sob..sedeh! Ye la..dulu-dulu kehidupan pun sukar. Duit
susah nak cari. Dan sehingga sekarang menjadikan aku seorang yang
berjimat-cermat. Alhamdulillah...
Itulah kenangan
terindah everytime mengimbau balik pengalaman berpuasa ketika diriku di zaman kecik
dahulu. Sungguhpun begitu...pelbagai dugaan yang harus ku tempuhi sepanjang
bergelar sebagai penjaja kuih. Nak tahu???
Jalan
punye jalan....’pap!’ aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa ni????! OMG...takmo! takmo!
Sambil kaki menguis-nguis kat rumput. Bau semerbak weh..
Kaki
menghayun langkah dengan pantas dan cepat. Semangat menjaja kuih
berkobar-kobar. Kene pulak cuaca panas..membakar metabolisma badanku! Pergerakanku
seperti pelari pecut negara. Nak cepat sampai umah pelanggan katakan.
Tetibe.... ‘tup!’ Eh! Apsal lain macam je kat kaki aku ni. Hampir-hampir jugak
menyebabkan aku jatuh tersembap! Rupanyaaaaa...
Malang tak
berbau..aku pernah dikejar oleh haiwan ni. Menyebabkan aku berlari lintang
pukang. Habis segala selipar, bakul kuihku terpelanting dek kerana muncungnya
yang keramat! Argh.....benci bangat aku dengan haiwan ni..
-TAMAT-
Hope
korang enjoy membaca kisah Ramadhanku ketika ketika zaman kecikku.
Bulan
Ramadhan bulan yang mulia,
Mari kita
mengerjakan ibadah dengan hati yang mulia,
Perbanyakkan
amal jariah..ikhlas keranaNya,
Moga hidup
kita diberkati olehNya..aamiin.
SALAM
RAMADHAN BUAT RAKAN BLOGGER SEKALIAN :)
TAG:
TAMAT: 28 JULAI 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Semoga berjaya.
goodluck kak ya.. :)
he3 pnjg gak 2 =) good luck..nk join jugak la nnti
heheheh...10 sebab tuh sy buat memain jer lah...x yah bwat pon x pe...hehehe...n'way,thanx coz pk sebab...n'way,x letak url kat comen box lg...thanx join...hehehe..mungkinkah anda salah seorang pemenang???semoga berjaya...heheheeeh...kalau nak join skali hadiah misteri buang 10 sebab n gantikan ngan cerita...heheheh...
selamat berjaya..=)
datang klik iklan...n'way tarikh tamat diawalkan pada 28/07/2013 sebab adiah misteri sampai minggu depan..hehehe...
tahniah!!!cik yumida pemenang 2 hadiah!!!
1)tuppuware bulat brand tesco
2)the best entry angpau raya rm20
http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/senarai-pemenang-pheonix-giveaway.html