BIG Giveaway : Idola Saya by Nurul

KLIK BANNER UTK JOIN


Siapakah idola aku? Sebagai seorang muslim, semestinya Nabi Muhammad s.a.w merupakan idola bagi setiap umat Islam di dunia ni. Merujuk kepada idola, ia merupakan ikon yg memberi aspirasi kepada seseorang untuk menjadi atau berjaya seperti orang yang dijadikan idola itu. Dalam konteks ini, idola yg aku pilih ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau merupakan usahawan Melayu yg telah berjaya dlm karier dan kehidupan.

Bagi sesiapa yg belum mengenali beliau, mari kita lihat latar belakang profil beliau.


Haaa..dah kenalkan? Maka, bolehlah jatuh cinta. Jatuh cinta pada keperibadiannya. Siapa sangka dari kehidupan yg susah kita boleh bangkit menjadi orang yg berjaya di dunia ini. Semuanya dgn usaha yg tinggi di samping tidak mengenal erti putus asa. Sebab itu aku amat kagumi dgn semangat beliau. Dahulunya beliau pernah hidup susah, di mana tinggal di rumah kayu yg tidak mempunyai katil, meja dan kerusi. Keadaan ini mengajar dirinya utk terus bangun dan meningkatkan taraf hidup keluarga.

Sebagai org Melayu, bagiku beliau merupakan ikon utk menjadikan diriku bangkit drpd kehidupanku yg sedia ada. Capailah impian dgn segala usaha terdaya. Jangan di tunggu sehingga hari esok. Mulakan dgn sekarang. Even pergerakan begitu perlahan. Transformasilah kehidupan menjadi lebih baik. Cuba mencari peluang yg boleh membuka luas rezeki kita. Rebutlah peluang yg ada di depan mata. Jangan terlalu banyak berfikir memikirkan risiko ini risiko itu. Jika tidak di cuba kita tidak tahu. Dgn percubaan itu kita memperoleh pengalaman dan mengukuhkan lagi kekentalan jiwa menghadapi cabaran hidup. Sepertimana cabaran dan dugaan yg dihadapi oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, keadaan yg sukar tidak pernah mematahkan semangatnya utk terus berjuang. Sikap beginilah yg harus kita ikuti.


Banyak menerima kegagalan tidak bermakna diri kita akan gagal selama-lamanya. Contohi sikap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary di mana beliau seringkali menghadapi kegagalan dalam membuka perniagaan. Namun tidak pernah merasai kegagalan itu mematikan perjuangan hidupnya dlm mencari rezeki. Sikap yg suka mencuba dan berani mengambil risiko meletakkan dirinya pada kedudukan baik di masa sekarang.

Bila sudah berada di atas jangan di lupa mereka yg berada di bawah. Sikap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yg sentiasa merendah diri dan bermurah hati sebagai dermawan amat-amatlah dipuji. Walaupun beliau sudah kaya dengan asset yg bernilai billion ringgit, namun beliau tidak pernah lupa diri. Alhamdulillah, orang sebeginilah yg kita dambakan sebagai ikon terulung.

Di sebalik kegagalan dan kepayahan yg diharungi, akhirnya berjaya juga Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merasai kemanisan usahanya. Alhamdulillah, banyak kejayaan yg telah beliau kecapi sehingga ke hari ini. Semuanya dgn berkat sabar dan usaha yg konsisten. Mari kita lihat syarikat-syarikat mega di bawah naungan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


Antara kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yg menyentuh jiwaku:






TAG:

TAMAT: 25 MEI 2013


EmoticonEmoticon