KLIK BANNER UTK JOIN
BISIKAN KASIH SAYANG UNTUK ADIK HUSNA
Adik Husna..
Meh ke sini
Ku bisikkan padamu..
Tahukah adik Husna..
Perjalanan adalah pelajaran
Adik Husna akan mendapat ia dalam kehidupan
Jika adik Husna salah,
Adik Husna akan belajar erti kesungguhan
Jika adik Husna jatuh,
Adik Husna akan belajar makna kewaspadaan
Jika adik Husna kalah,
Adik Husna akan belajar hakikat batas diri
Adik Husna..
Teruslah
berusaha
Jangan
berhenti berdoa
Jangan adik Husna berputus
asa
Kuatkan keyakinanmu
Tabahkan hatimu..kentalkan semangatmu!
Setiap usaha pasti adanya kegagalan
Di sebalik kegagalan terciptanya kejayaan!
Itulah sebuah kehidupan
Yang bakal adik Husna lalui
Sebelum
nafas terhenti
Selama
itu adik Husna harungi..sebuah perjalanan
Terkandung
pelajaran.
-pic bergerak...tggu lama sket-
Ya
Allah..sempena ulang tahun kelahiran adik Husna yang
bakal menjelang nanti.. Ku mohon
padaMu..panjangkanlah umurnya, berikannya sebuah kehidupan yang bahagia..kurniakanlah
kepadanya rezeki yang murah, banyak dan juga berkat.
Ya
Allah..Kau jadikanlah adik Husna ini seorang
anak yang baik, yang sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tuanya, yg
sentiasa menjaga dan menyayangi orang tuanya apabila dewasa kelak. Jadikanlah adik Husna ini seorang insan yang cemerlang dalam
pelajaran, kerjaya dan kehidupannya.
Ya
Allah..bukakanlah kepada adik Husna ini pintu
kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu
keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan. Kurniakanlah
adik Husna..kesenangan,
ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran serta
liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Ya
Allah..Kau berikanlah kepada adik Husna
kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, tunaikanlah hajat adik Husna baik dalam agama, dunia dan juga akhirat. Sesunguhnya
hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
SELAMAT
HARI LAHIR ADIK HUSNA...SEMOGA PANJANG UMUR DAN
MURAH REZEKI....
BAHAGIA
DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT
EmoticonEmoticon