Nak Cerita Pun Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas."

-Karya Mat -

19 comments

blh tak cam ni..nk komen pun malas..hahaha

Haha dah pernah baca pasal ni.. Hurmm malas..

Kihkihkih pernah baca ni, kawan hantar kat email. Itu memang malas sungguh2 la tu :D

semoga kita semua senantiasa bersikap rajin dalam kebaikan, barakallahufik :)


Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

saya pun malas baca, boleh gitu? hahak

Dah soploh Kali baca.. Soploh Kali jugak gelak.. Heee!

malas lah nk komen.....hehehhehee

hahahahaaaa gelak bc entry ni..hihii

hahahahaha
malas lah nak layan hahaha

kalo citerr bab malas...sekarang ni saya malas buat lesson plan...hoho

hi yumida...thanx sudi folo http://anieluv4u.blogspot.com...folo u back

Nang malas la bila ari ujan kedak tok.. :D

ahhaa ya nang malas trus lah

lawak la plak entry ni...hehe

ha3..kalau dah malas...nothing to say lahh...

hehehehehe... mun bak rasa malas sigek keja pun sik jadi... maok sik maok terpaksa merajinkan dirik... :)

haha.
penah tebace gak mende nehh.
sengal gle.

mmg dahsyat betul kemalasan ketiga2 mnsia tersbut..lbh2 lagi yang akhir tuu..hahaha...


EmoticonEmoticon